[Terkini] Rindu ayah sebelum pergi, ” Maaf kami Zuhaily tak sempat selamatkan kamu ” (5Gmbr)

Dungun : Dia beria – ia tanya bila saya hendak pulang dan tidak sangka saya berjumpa dengan jasadnya yang kaku, kata Roslan Sidek selepas m4yat anaknya ditemui lem4s, di Sungai Paka, dekat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), hari ini.

Muhammad Zuhaily Roslan, 20, yang tinggal di Gong Gemia Paka ditemui lemas selepas tergelincir ketika menyeberangi sungai terbabit untuk menjala ikan, kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Roslan, 59, yang bekerja sebagai jurukimpal di sebuah kawasan industri di Johor Baharu berkata, arwah anaknya adalah pelajar jurusan elektrik di Kolej Komuniti Kuala Pilah dan bakal menjalani latihan industri pada minggu depan.

Dia balik ke kampung pada 1 Januari lalu dan beberapa hari selepas itu, kebetulan saya bercuti beberapa hari dan pulang ke rumah di Paka bertemu dengannya.

Arwah sangat gembira memaklumkan dia akan menjalani latihan industri di Kuala Lumpur pada 23 Januari nanti dan saya berjanji akan pulang semula untuk bertemu dengannya,katanya.

Katanya, sehari sebelum kejadian itu, Muhammad Zuhaily ada bertanya kepada ibunya, Rozaini Hussin, 56, bila ayahnya itu hendak pulang kerana arwah sangat merindui orang tuanya itu.

Saya jangka akan pulang bertemunya beberapa hari lagi dan kira-kira jam 7 petang semalam, saya menerima berita dia lem4s di sungai itu.

Setiap kali pulang bercuti di kampung, dia akan membantu rakannya berniaga di kedai makan termasuk di pasar malam dan belajar ilmu agama di pondok.

Arwah tidak pernah menyusahkan saya dan ibunya. Semua duit upah yang diterima akan digunakan untuk membeli buku pelajaran termasuk perbelanjaan makan-minumnya di kolej, katanya.

Katanya, dia sangat sedih dan terasa dengan kehilangan arwah namun tetap reda dengan ketentuan takdir.

Sebaik selesai urusan bedah siasat ini, saya akan bawa jen4zah arwah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Limbong Paka, katanya.

Dalam pada itu trauma menyaksikan insiden itu yang berlaku di depan mata,Zul Qarnain Zaim berkata, dia juga berasa terkilan kerana gagal menyelamatkan rakannya, Muhammad Zuhaily Roslan sewaktu kejadian pada pukul 2.30 petang tersebut,Kedua-dua mereka berusia 21 tahun.

Cerita Zul Qarnain, ketika kejadian, mereka berdua sedang menyeberang sungai untuk menjala ikan sebelum terpijak pasir jerlus.

Zul Qarnain bernasib baik kerana dia sempat berenang menyelamatkan diri, manakala Muhammad Zuhaily pula menjerit meminta pertolongan sebelum dihanyutkan arus deras.

Saya mahu ambil sebatang kayu untuk membantu supaya Zuhaily dapat berpaut, namun dia sudah dihanyutkan arus deras,katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Zul Qarnain memberitahu, mereka yang tinggal di Paka di sini tiba di lokasi kejadian untuk menjala ikan kira-kira dua jam sebelum kejadian.

Kami sempat menunaikan solat zuhur dan makan tengah hari sebelum turun menjala ikan,moga keluarga arwah tabah kehilangan anak tersayang. Al fatihah.