[Terkini] Riadah bertukar duka, ” kepala terkena batu Faiz pengsan jatuh ke tasik ” (5Gmbr)

Pasir Gudang: Lelaki ditemukan m4ti lemas di Tasik Hijau Bukit Lunchu di sini, hari ini selepas terj4tuh ketika melakukan aktiviti mendaki bersama beberapa rakan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 pagi.

Katanya, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Balai Bomba Johor Jaya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba II, Ibrahim Omar melakukan pencarian di sekitar kawasan persisiran tasik.

M4ngsa dikenali Mohd Faiz Daniel Maula Mohd Nor berusia 26 tahun akhirnya ditemukan di lokasi kedalaman 12 meter di tasik berkenaan pada 2.24 petang dan sejauh sembilan meter dari tempat dia dipercayai jatuh, katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati m4ngsa dipercayai dari Gelang Patah beriadah di kawasan berkenaan bersama lima hingga enam rakannya dan ketika mendaki bukit, terdapat batu jatuh terkena m4ngsa mengakibatkan dia terjatuh ke dalam tasik.

M4yat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada 3.30 petang,katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semoga keluarga arw4h tabah perginya seorang anak yang baik dan amat disenangi rakan rakan yang pasti pemergian mengundang pilu semua orang.Al fatihah.