[Terkini] Rezeki Peniaga makanan,” Muntah Ikan Paus ratusan ribu ditemui di Marang ” (3Gmbr)

Kemaman : Seorang pengusaha kedai makan tidak menyangka mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila menemui objek menyerupai ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus bernilai ratusan ribu ringgit di Marang baru-baru ini.

Aida Zurina Long, 41, berkata, dia terjumpa objek itu sewaktu memancing bersama ahli keluarganya berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada pukul 11 malam, akhir bulan lalu.

Dia berkata, pada mulanya, dia mengalihkan objek terapung berhampiran kawasan memancing mereka ke tebing sungai dengan sebatang kayu kerana menyangka ia sampah.

Rupa-rupanya ia bukan sampah tetapi ketulan batu besar berwarna putih lalu menarik minat saya untuk mengambilnya untuk dibawa pulang,” ujarnya ketika ditemui di kedai makannya di Kemasik di sini hari ini.

Aida Zurina berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ayahnya ketulan batu seberat kira-kira lima kilogram yang dibawa pulang ke rumah itu sebenarnya muntah ikan paus.

Jelasnya, ayahnya yang berpengalaman sebagai nelayan mengesyaki objek itu amat berharga sebelum membakar sedikit objek tersebut bagi membuktikan dakwaannya.

Memang benar ia mencair dan meleleh seperti lilin sebelum mengeluarkan bau yang sangat harum apabila dibakar, katanya.Credit Kosmo.