[Terkini] Ra yan mninggal dunia,” Pasukan pnyelamat hanya tarik keluar mayatt ” (5Gmbr)

Rabat , Maghribi : Seorang budak lelaki Maghribi yang terperangkap di dalam sebuah perigi selama lima hari telah men1nggal dunia, lapor laman berita Al-Arabiya, hari ini.

Kenyataan mengenai kem4tian Ra yan Awram, 5, dikeluarkan oleh dua badan kerajaan tempatan sejurus kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.

Menurut laporan media tempatan, Rayan sudah pun men1nggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ra yan atas pemergiannya.

Anggota -anggota penyelamat terdahulu telah mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Rayan Awram dan berumur lima tahun selepas pasukan perubatan memeriksa keadaannya di dalam perigi sedalam 32 meter itu setelah sampai ke lokasi dia terperangkap.

Kejayaan menyelamatkan Ra yan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.

Rayan terjatuh ke dalam perigi milik bapanya ketika bermain di kawasan rumahnya di wilayah Chefchaouen pada petang Selasa.Al fatihah.

Kronologi Kisah ini pada kala ini (5 Feb 2022) telah menjadi tajuk dan peristiwa besar di Maghribi (Morocco). Malah liputan mengenainya telah tersebar luas ke seluruh Afrika Utara dan Eropah. Ianya adalah mengenai seorang budak yang baru berusia lima tahun yang bernama Rayan.

Pada 1 Feb 2022 yang lepas, Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut. Setelah beberapa ketika bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang.

Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu. Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah. Jika kita lihat pada draf di bawah, kedalaman tempat Rayan terjatuh melebihi 30 meter.

Dah pulak tu, lubang perigi hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja. Tidak cukup dengan itu, semakin dalam, lubangnya semakin sempit. Segala input ini telah dicerap oleh pasukan bantuan dari pelbagai agensi yang datang kemudiannya untuk membantu mengeluarkan Rayan.

Walau bagaimanapun, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah. Mereka kini dapat mengawasi keadaan Rayan, tengok Rayan kat dalam lubang tu sorang-sorang, sebak saya.

Pihak penyelamat telah mencuba pelbagai teori, salah satunya ialah untuk menghantar seseorang untuk membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Tetapi disebabkan lubang perigi yang semakin mengecil ke bawah, ianya adalah sesuatu yang mustahil.

Dan kini mereka menggunakan method seperti yang dapat kita lihat seperti di dalam gambar yang paling kanan sekali di bawah itu. Mereka menggali keseluruhan tanah untuk sampai ke tempat di mana Rayan berada. Bermakna, mereka menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi.

Satu yang merisaukan mereka, semakin dekat dengan Rayan, semakin tinggi risiko tanah runtuh. Kalau mengikut keadaan mereka semasa artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja lagi penggalian dari sisi akan sampai ke tempat di mana Rayan berada.

Diharap, Rayan akan dapat diselamatkan. Helikopter telah tersedia menanti di lokasi ini untuk membawa Rayan ke h0spital jika segalanya berjalan lancar. Sama-samalah kita berdoa untuk keselam4tan kanak-kanak kecil ini.namun yang maha esa lebih sayangkan dirinya awal pagi tadi dia berjaya diselamatkan namun disahkan meninggal dunia. Credit Mohd Aznam Abdul Rahman, Zulhafidz Yahaya, Kosmo.