[Terkini] Puan Asmawati prgi jua , ” Hasrat ziarah keluarga kmlangan x ksampaian ” (5Gmbr)

Tapah : Seorang wanita m4ut manakala dua anak saudaranya ceder4 apabila kereta dinaiki terlibat kem4langan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 82, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Bidor di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu mengorb4nkan Asmawati Hashim, 57, yang men1nggal dunia pada pukul 12.24 tengah hari di H0spital Slim River.

Anak saudaranya Norfatin Aliah Azhari , 24, yang memandu Perodua Bezza dan adik perempuannya Norain Nabilah Azhari,14, cedera dan luka di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan ke Rawang untuk menziarahi ahli keluarga yang terlibat kem4langan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan tersebut membabitkan kereta dinaiki m4ngsa dan sebuah kereta jenis BMW dipandu lelaki berusia 63 tahun.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu wanita berusia 24 tahun itu telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembvng dengan kereta mewah yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Manjung.

Akibat pelanggaran itu, dua beradik terbabit mengalami luka di bahagian muka dan tangan.

Ibu saudara mereka yang cedera dan luka di bahagian muka, tangan dan kaki, dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia di sana, katanya.

Menurut beliau, nahas berlaku di jalan lurus menuruni bukit dan kedua-dua kereta mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan kenderaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. Al fatihah.