[Terkini ] Prginya sorang Daie, ” Dlm snyum dijmput ilaaahi ” (4Gmbr)

Kuala Lumpur : Pergi lagi Seorang Daie Dan Karkun Khidmat Transport Markaz Iaitu Tuan Hj Kamalruzaman Pada Bulan Mulia Ini Innalillah wainna ilaihi rojiqun.

Semoga Allah jadikan asbab hidayat diseluruh alam dan tempatkan beliau di kalangan orang beriman & syuhada. Amin.

Khas buat sahabatku Hj Kamaruzaman bin Haji Abd Hakim Ketika sorg Daie pergi Wajah berseri Melihat bidadari Berkerut dahi Dek sinaran nur tak terperi.

Demikian mati Seorang Daei Yang hidup berbakti Dengan kerja Nabi,Dengan langkah kaki Pintu-pintu dilewati,Negeri2 dilawati,Walau dicerca-maki.

Tetap tabah hati,Fikir siang ummati-ummati Doa malam Ya Robbi Ya Robbi,Berkhidmat menabur bakti,Ambil hantar jemaah hari-hari Malam siang berganti Tak jemu tak berhenti.

Tinggal anak tinggal isteri Di markas saban hari Sentiasa bersedia menanti Kedatangan jemaah silih berganti Sepenuh hati Dan di waktu pkp.

Di markaziat Kelang letak diri,40 hari berkali-kali,Walau uzur berdiam diri,Menahan jerih sendiri,Hingga dijemput Ilahi,Kembalilah dikau wahai abdi.

Dengan kalimah hakiki Laailaaha illaallah Muhammadur Rasullah kita berjanji Ke tanah tempat asal jadi,Diselimuti debu kepala ke ujung kaki.

Tenanglah dikau bersemadi Wahai sahabat sejati Tanpa risau susah h4ti Hingga tiba akhir nanti Dengan redho Il4hi Dengan ihsan keampunanNya yang Dia janji.

Kedalam syurga dikau tempatiĀ  Dan aku kami pasti akan mengikuti,Dengan harapan yang tinggi Seperti orang2 yang suci Para2 ashabi.

Ya Allah, m4tikanlah kami ketika Engkau sedang sudi Memaafkan kesalahan kami Aamiin Aku : Ben Endut.24/7/21 00:59.

Itulah Bingkisan yang dimuat naik saudara Mohd Izzat Mohd Khir melalui laman facebook mencerita perihal seorang Daie yang terus berjasa untuk agama hingga akhir h4yatnya.

Tuan Hj Kamalruzaman menghembus n4fas terakhir akibat ser4ngan j4ntung awal pagi tadi. Al fatihah.