[Terkini] Prginya sebutir permata,” Ulama Nusantara Tuan Guru Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam mninggal dunia ” (5Gmbr

Kuala Lumpur : Telah kembali ke R4hmatullah seorang lagi perm4ta ummah, Tuan Guru Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Nadwi Al Maliki Rahimahullah pada 23 Rabiul Awwal 1443H bersamaan 30 Oktober 2021M pada pulul 6.45 pagi tadi.

Pagi ini, pencinta pencinta ilmu dikejutkan dengan berita pemergian Tuan Guru Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki. TG banyak mengajar di masjid di negeri Kedah, selain menyampaikan ceramah melalui media elektronik.

Allahyarham Tuan Guru juga banyak menulis kitab kitab agama sebagai rujukan para pencinta ilmu. Saya mula mengenali Allahyarham di Maahad Tarbiyah Islam Derang (MTD) pada awal 1990an.

Allah lebih menyayangimu Tuan Guruku. Damailah tuan Sheikh di sana. Al-Fatihah

Daripada Abdullah bin Amru Al As, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu itu sekaligus dengan mencabutnya daripada hambaNya. Tetapi Allah SWT mencabut ilmu dgn mematikan para ulama sehingga tidak tinggal lagi ulama”. – Zulkafli Mansor.

Inna lillahi wainna ilaihi roji’un . Mendapat kabar duka, kembàlinya Tuan Guru Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam, Abu Ali Al Banjari Al Nadwi, Al Maliki pagi tadi. Sesungguhnya satu kehilangan yang amat besar kepada umat Islam di Kalimantan dan juga Malaysia. Moga rohnya dirahmati Allah swt.

Beliau merupakan pengasas dua Pondok Pasentran Yasin di Kalimantan. Di Malaysia beliau merangkap Timbalan Mudir di Pondok Ustaz Nikmat di Derang.

Terbaru beliau dan Ustaz Johari Morad yang di lantik sebagai Timbalannya telah mendirikan cawangan Madrasah Nurul Hidayah Yasin di Kundasang, Sabah. Pembinaan fasa asrama pelajar sedang berjalan.

Al fadil Ustaz Johari Morad juga telah mengangkat Tuan Guru, Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam sebagai Penasihat Kepada Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah.

Sesungguhnya amat bertuah dapat turut sama mengikuti pengajianya di Darul Hidayah di Kedah. Sempat mengiringi beliau bersama Ustaz Johari Morad dalam beberapa siri usaha berdakwah dan mencari tapak wakaf di Kundasang.

Setiap kali ke Sabah beliau akan singgah di Pondok Darul Hidayah, di Kiulu, Sabah. Sesungguhnya satu kehilangan yang sukar di ganti. – Ismail Mat.

Semoga Allah Taala Yang Maha Pengasih dan Penyayang menempatkan ruhnya bersama para Syuhada Solehin Anbiya dan Mursalin. Al-Fatihah.