[Terkini] Piluu C19 jmput sua mi, ” Ketika istri sdg tnggu brsalin ” (5Gmbr)

Kuantan : Seorang wanita melalui dugaan yang amat besar apabila bukan sahaja terpaksa bersalin tanpa ditemani suami tetapi terpaksa menerima kenya­taan suami pergi buat selamanya akibat C0V1D19.

Yasmin Ibrahim, 32, bersalin anak sulung awal pagi kelmarin, manakala suaminya, Eko March Handoko Masyhur, 30, men1nggal dunia akibat C0V1D19 pada 7.51 pagi sehari sebelum kelahiran anak sulungnya.

Ibu Yasmin, Norhayati Yaakob, 58, berkata, meskipun dugaan itu berat buat anak sulungnya yang baru sahaja menimang cahaya mata tetapi dia yakin anaknya itu kuat.

Sebak tulis Yasmin melalui laman sosialnya ” Assalamualaikum wbt, إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat suami saya Allahyarham Eko March Handoko bin Masyhur yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7.51 pagi tadi. Sesuangguhnya Allah lebih sayangkan dia.

‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف , Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu “Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia”.

Ya Allah, kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya”, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya. Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

Mohon halalkan makan minum arwah dan maafkan dia seandainya ada tersalah tingkah dan terkasar bahasa, Jika allahyarham suami saya ini ada berhutang dengan kalian, bolehlah menghubungi saya. Insyaallah saya akan cuba selesaikan,Terima kasih.

Semoga Puan terus kuat dan tabah dengan dugaan ini yang maha esa lebih sayangkan suami Puan. Al fatihah.