[Terkini] Pilu pergi mu Lukman, ” Penuntut USM maut jatuh tingkat 8 ” (5Gmbr)

Geogre Town : Seorang penuntut dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini ditemui m4ut selepas terj4tuh dari tingkat lapan Desa Siswa Tekun malam tadi.

M4ngsa, Lukman Hakim Mat Rani, 22, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di pekarangan bawah bangunan berkenaan.

Pada jam 9:30 malam semalam, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia telah kehilangan seorang mahasiswanya, Allahyarham Lukman Hakim bin Mat Rani.

Persatuan Mahasiswa Islam USM ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Lukman Hakim.

إنَّ لِلَّه ما أَخَذ ولَهُ ما أَعطَى، وكلُّ شَيءٍ عِنده بِأجَل مُسمَّى فَلتَصبِر ولتَحتَسِب
“Sesungguhnya milik Allah segala yang Dia ambil, dan kepunyaan-Nya pula segala yang Dia beri, dan segala sesuatu di sisi-Nya telah ditentukan, maka hendaklah dia bersabar dan mengharap pahala dari Allah.” (Potongan hadis sahih Bukhari & Muslim)

Semoga Allahyarham Lukman Hakim diberi ganjaran syurga buatnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian melibatkan seorang penuntut di universiti berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam.

Mayat pelajar tersebut kini berada di Hospital Pulau Pinang bagi menunggu proses bed4h siasat dijalankan termasuk ujian saringan C19.

Polis mengenal pasti rakan sebilik si m4ti dan akan memanggil mereka untuk beri keterangan mengenai kejadian itu,katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Soffian memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis ketika ini mengklasifikasikan kematian pelajar tersebut sebagai m4ti mengejut.Al fatihah.