[Terkini] Pilu pergi mu Amylia, ” Ajaal mu pagi 4 Ramadan terlibat kemalangan ” (5Gmbr)

Kuala Pilah : Dua m4ut apabila kereta dipandu masing-masing bertembung di Kilometer 29, Jalan Seremban– Kuala Pilah, di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Tanjung Ipoh, di sini, awal pagi tadi.

Pada kejadian 2.20 pagi itu, pemandu Perodua Kancil m4ut di lokasi kejadian, manakala pemandu Perodua Kenari men1nggal dunia ketika dirawat di h0spital.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, Perodua Kancil dipandu pengurus restoran makanan segera, seorang wanita berusia 24 tahun, manakala Perodua Kenari dipandu lelaki berusia 28 tahun.

Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika pemandu Perodua Kancil iaitu Nur Amylia Shahira Hamidi, 24, dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Kenari dipandu Mohamad Kamil Ahmad Ishak, 28, yang dari arah Kuala Pilah menghala ke Terachi,katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Al fatihah buat Nur Amylia Shahira Hamidi, 24, dan Mohamad Kamil Ahmad Ishak, 28, semoga kedua dua keluarga tabah.

Amran berkata, akibat kem4langan itu, pemandu Perodua Kancil yang beralamat di Kampung Pelangai, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat keceder4an di beberapa anggota badan.

M4yat m4ngsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, manakala pemandu Perodua Kenari men1nggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah di hospital sama.

Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya, sama sama kita doakan agar keluarga kedua dua m4ngsa tabah yang maha esa lebih sayangkan mereka.Al fatihah.