[Terkini] Pesanan Terakhir Abg, ” Jangan lupa solat ingat Allah stiap masa ” (6Gmbr)

Kota Samarahan: Apabila terkenangkan kata kata abang terus siadik men4ngis tak sangka itu lah kata kata terakhir abangnya Koperal Shariff, kata abang lagi ” kita tidak tahu bila masa akan pergi “.

Demikian pesanan terakhir Koperal Sh4rif M0hd Siddiq Al Att4s Wan S4bli, 29, kepada adiknya Sh4rif Mohd S4ddam, 27, sebelum turun bertugas di kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan pagi tadi.

Sharif Mohd Saddam berkata, abangnya itu juga berhasrat untuk pergi memancing bersama dalam masa terdekat.

Dia cukup teruja turun memancing kerana baru membeli joran baru, Kami sekeluarga tidak menyangka abang pergi sekelip mata, katanya yang ditemui di perkarangan Unit Kecemasan Pusat J4ntung Umum Sarawak, Kota Samarahan hari ini.

Katanya, arwah berkhidmat dengan TUDM selama kira-kira 12 tahun dan sebelum ini bertugas di TUDM Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum berpindah ke TUDM Kota Samarahan kira-kira dua tahun lalu.

Arw4h adalah anak kedua daripada tujuh adik beradik meninggalkan seorang isteri dan tiga anak, katanya.

Sementara itu, rakan setugasnya, Koperal Mohd N4dzmir Moh1deen, 28, menyifatkan Sharif mempunyai nilai persahabatan yang cukup tinggi dalam diri.

Dia adalah sahabat sejati yang senang didampingi serta punya ramai kawan kerana sikapnya yang peramah, malah mudah membantu rakan yang lain.

Saya cukup terkejut sebaik menerima berita kem4tiannya yang cukup tr4gis pagi ini, katanya yang mengenali arw4h ketika sama-sama mengikuti kursus TUDM di Perak dan mula rapat ketika berpindah di TUDM Kota Samarahan.

Katanya, ketika bertugas arw4h seorang yang cukup ber4ni dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM itu, empat anggota TUDM m4ut dalam kejadian temb4kan.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika serah tugas apabila salah seorang angg0ta menemb4k tiga rakannya sebelum bertindak menemb4k diri sendiri.

Dua yang ditemb4k m4ut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera p4rah dan men1nggal ketika menerima rawatan di Pusat J4ntung Kota Samarahan jam 9.15 pagi.

Semoga seluruh keluarganya diberi ketabahan terutama isteri dan 3 anak yang kini kehilangan seorang suami dan papa untuk 3 beradik ini yang maha esa lebih sayangkan dirinya perginya sebagai seorang perwira. Al fatihah.