[Terkini] Pergi dulu nek, ” Arwh Abg long Fikri Adam sempat ziarah nenek & atuk ” (5Gmbr)

Sabak Bernam : “Pergi dulu nek ” Demikian antara kata-kata terakhir Allahyarham Muhammad Fikri Adam Azmi, 20, yang sempat menemui neneknya sebelum m4ti lemas di Air Terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak, hari ini.

Zaleha Basar, 63, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu datang ke rumahnya di Kampung Teluk Rhu di sini, sebelum bertolak kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Pada waktu itu, dia (arw4h) sempat mencium tangan saya dan meminta izin untuk pergi ke Kampar.

Sebelum berpisah, arw4h memberitahu ‘pergi dulu nek’ dan saya tidak sangka dia akan pergi buat selamanya,” katanya ketika ditemui di kediamannya petang tadi.

Terdahulu, Utusan melaporkan kegembiraan empat sekawan mandi di air terjun itu berakhir tr4gedi apabila dua daripada mereka ditemukan m4ti lem4s.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mayat Muhammad Fikri dibawa naik orang awam manakala rakannya, Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor, 20, ditemukan hampir sejam kemudian.

Kata Zaleha, cucunya itu rapat dengannya sejak kecil dan rajin membantu sekiranya diperlukan, Tambah beliau, Allahyarham turut bersahabat baik dengan Allahyarham Muhammad Amirul Hafidz yang turut lem4s.

Allahyarham Muhammad Amirul Hafidz rakan baik Fikri Adam yang turut mninggal lemass.

Mereka pernah bersekolah sama di Sekolah Agama Menengah (SAM) Parit Baru dan menyambung pengajian ke tingkatan enam di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Hubungan mereka rapat dan saya tidak sangka kedua-dua arwah terlebih dulu pergi menemui Ilahi,tuturnya. Credit Utusan.