[Terkini] Penolong Pegawai Risda m4ut, ” Kereta dipandu tunang terjunam ke parit ” (5Gmbr)

Teluk Intan : Seorang wanita m4ut selepas kereta yang dipandu tunangnya terjunam ke dalam parit di Jalan Chui Chak- Langkap di sini pada petang Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Fatihah Ismail, 29, disahkan maut di tempat kejadian manakala tunangnya berusia 30 tahun serta adik perempuan yang belum dikenal pasti identitinya mengalami keceder4an.

Tinggal kenangan gambar arwah bersama tunangnya semasa konvo dirinya tahun lalu – Al fatihah.

Sebak luahan kakak, Mohon diampunkan segala salah silap beliau semasa didunia ini. Jika beliau ada berhutang dengan sesiapa boleh terus menghubungi saya kakak nya.

Beliau adalah adik yang sangat baik, pemergian beliau satu kehilangan besar untuk kami sekeluarga. Semoga arwah permudahkan urusan beliau disana dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Gambar arw4h bersama ayah dan ibu semasa Konvo tahun lalu.

Kakcik, tunggu kami semua dekat sana ye. Yang sayang kakcik dunia akhirat ❤️ Kakcik sayang, Berehat lah adik – Azie Ismail.

Difahamkan ketiga-ketiga m4ngsa yang menaiki kereta jenis Honda Civic dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kampung Gajah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.28 petang.

Setibanya di lokasi, lelaki berkenaan telah dikeluarkan oleh orang awam manakala dua wanita masih berada dalam kenderaan terbabit.

Pemeriksaan mendapati mereka tidak tersepit dan operasi mengeluarkan kedua-dua m4ngsa terus digerakkan, katanya.

Beliau berkata, m4yat m4ngsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan dan operasi tamat pada jam 7.23 petang.Al fatihah.