[Terkini] Pengantin baru antara yang maut, ” Mirul drempuh ketika berteduh dijejambat Plus ” (5Gmbr)

Sungai Petani : Penantian seorang isteri dirumah kepulangan suami tersayang disapa dengan khabar duka bila suami yang diperjalanan pulang telah terlibat kemalangan dan disahkan meninggal dunia.

Dalam kejadian tragis itu dua orang m4ut manakala enam lagi ceder4 dalam kem4langan melibatkan sebuah lori dan sembilan motosikal di bawah jejambat KM92.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat Sungai Petani semalam.

Mohd Amirul Ismail, 28, dari Kampung Seberang Chegar, Anak Bukit atau lebih mesra dengan panggilan Yoon baru 3 bulan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya.

Yoon merupakan salah seorang m4ngsa dari dua orang yang meninggal dunia dirempvh sebuah lori yang hilang kawalan ketika berhenti dibawah jejambat semasa hujan lebat petang semalam.

Dalam pada itu m4ngsa, terselamat, Mohd Aminnudin Yusof, 38, berkata, ketika kejadian, dia bersama lapan penunggang motosikal lain sedang berteduh di bawah jejambat berikutan hujan lebat, kira-kira jam 2.40 petang di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan.

Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Guar Chempedak menghala ke tempat kerja di Pulau Pinang sebelum singgah berteduh di lokasi kejadian untuk memakai baju hujan.

Ketika kejadian saya turun dan berada di laluan tepi untuk pakai baju hujan dan tiba-tiba dengar bunyi dentuman kuat, katanya.

Menurut Mohd Aminuddin, motosikalnya adalah kenderaan pertama dirempvh lori terbabit sebelum lapan lagi yang berhenti bawah jejambat turut menjadi m4ngsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, setakat ini, dua m4ut, enam lagi dilaporkan cedera manakala tiga tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kesemua sembilan buah motosikal berada di lokasi kejadian kerana mencari tempat berteduh dari hujan lebat dan tidak mengenali di antara satu sama lain.

Kedudukan kesemua motosikal yang terlibat diletakkan secara dua lapis di lorong kecemasan dan kesemua penunggang berada di sisi kenderaan masing-masing.

Secara tiba-tiba sebuah lori yang bergerak di lorong kiri datang dari arah belakang telah merempuh kesemua motosikal yang sedang berhenti di jejambat tersebut,katanya.

Akibat kemalangan Mohd Amirul Ismail dan Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31, dari Taman Seri Marina, Kuala Kedah disahkan men1nggal dunia akibat p4rah di kepala.

M4yat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk ujian saringan C19 dan dibed4h siasat bagi mengetahui punca kem4tian.

Menurut Adzli, tangkapan telah dilakukan ke atas pemandu lori berusia 28 tahun dan permohonan reman akan dibuat pada pagi Selasa.

Katanya, ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki itu didapati negatif dan ujian EBA II juga didapati bebas daripada alk0hol,Kes disi4sat bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

V1deo dan foto berhubung kejadian tular di media sosial menunjukkan beberapa penunggang sedang menanggung kesakitan selain terdapat mangsa berlumuran d4rah. Al fatihah.