[Terkini] Pemain Arsenal, ” Thomas Partey dilaporkan telah peluk Islam ” (5Gmbr)

London : Pemain tengah Arsenal, Thomas Partey dilaporkan memeluk Islam selepas menuntut ajaran agama itu selama beberapa bulan di Britain.

Bagaimanapun pemain berusia 28 tahun itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar angin itu, namun dakwaan tersebut bertiup kencang di media sosial.

Gambar pemain Ghana tersebut dengan Imam Sheikh Muhammad Al-Azhari di Pusat Islam di London, sambil memegang al-Quran turut tular di laman Twitter.

Setakat ini, Partey masih belum mendedahkan mengapa dirinya terdetik untuk menjadi seorang Muslim, namun berdasarkan maklumat orang ramai, Partey tertarik dengan agama Islam setelah menjalin hubungan dengan perempuan asal Morocco, yang juga penganut agama itu.

Sementara itu, sebagai rekod Partey atau nama sebenarnya Thomas Teye Partey dilahirkan pada 13 Jun 1993 dan membarisi skuad kebangsaan Ghana.

Kariernya sebagai pemain bola sepak bermula dengan menyertai pasukan Akademi Atletico Madrid dan merekodkan penampilan sulungnya dalam skuad utama Atletico Madrid ketika menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara musim 2015/2016.Credit Astro Awani.