[Terkini] Pelakon Haji Tawil Prebet Lapok sudah tiada, ” Mninggal lepas sesak naafas pagi jumaat” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Bintang filem Prebet Lapok, Tawil, 68, menghembuskan nafas ter4khir selepas ses4k nafas di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Aman, Kepong, di sini, jam 2.15 pagi ini.

Berita pemergiannya disahkan oleh isteri, Azah Abdul Kahar, 62, yang berada di sisi ketika arw4h men1nggal dunia secara mengejut.

Arw4h kejutkan saya minta tolong sapukan minyak pada bahagian d4da apabila ses4k n4fas secara tiba-tiba, jam 1 pagi.

Ketika sapukan minyak, n4fasnya seperti tercungap-cungap.

Arwah selalu sesak nafas dan semput, sejak kebelakangan ini. Sebelum ini, ar4ah tiada penyakit semput,katanya ketika dihubungi BH Online.

Azah berkata, dia memanggil jiran untuk mengalihkan arw4h yang duduk atas kerusi.

Saya sempat mengesat air liur yang meleleh, sebelum sibuk menghubungi anak-anak dan ambulans.

Arwah renung w4jah saya, sebelum pejam mata, Ketika dialihkan atas katil, arw4h masih bern4fas, cuma nadinya semakin perlahan.

Bagaimanapun, pegawai perubatan yang tiba bersama ambulans mengesahkan arw4h sudah tiada, Saya percaya arw4h menghembuskan nafas terakhir atas katil tanpa saya sedari, katanya.

Katanya, dia reda atas pemergian suami, apatah lagi, men1nggal dunia pada pagi Jumaat.

Bagaimanapun, saya agak sedih mengenangkan arwah sempat mencapai telefon bimbit ketika n4fas tercungap-cungap.

Saya tahu arwah mahu menghubungi anak-anaknya, Mungkin mahu bercakap buat kali terakhir, tetapi tidak sempat.

Apapun, saya reda arwah pergi pada penghulu hari, Arw4h juga pergi dengan tenang dan cukup mudah, katanya yang masih menggeletar seluruh badan akibat pemergian mengejut suaminya.

Katanya, dia dapat melihat perubahan sikap arw4h sepanjang minggu ini.

Arw4h banyak mendiamkan diri,Selalunya arw4h akan bantu mengalihkan tempat ampaian apabila saya basuh baju.

Namun, arw4h buat tidak tahu dan hanya pandang sahaja, kali ini. Mungkin arw4h mahu saya membiasakan diri melakukan kerja rumah sendiri jika dia sudah tiada.

Ia juga bagaikan petanda arw4h akan meninggalkan saya, anak dan cucu buat selama-lamanya, Bagaimanapun, arw4h tidak pula meninggalkan pesanan sebelum tutup mata,katanya.

Beliau berkata, urusan pengebumian arw4h diuruskan anak-anak, namun belum sempat berbincang mengenai lokasi dan waktu dikebumikan.

Allahyarham Tawil atau nama sebenarnya, Abu Bakar Ahmad bukan hanya dikenali sebagai pelawak pentas, malah banyak membintangi drama dan filem serta bergelar pengacara sekitar 1970-an dan 1980-an.

Mula mencipta kemasyhuran menerusi filem Prebet Lapok arahan Allahyarham Datuk Aziz Sattar, gelagat lucu dan kerenah arw4h bersama bintang utamanya, AR Badul menjadi sebutan ramai.

Malah, gandingan dua bintang dalam filem bergenre patriotik yang sarat elemen komedi ringan itu mampu meniupkan r0h semangat perjuangan hinggakan ramai anak muda tertarik menyertai pasukan angkatan tentera pada 1979.

Filem Prebet Lapok adalah penampilan pertama arw4h menerusi layar perak pada usia 29 tahun, selepas hampir lapan tahun bergiat aktif dalam dunia pementasan teater dan bangsawan.

Selain itu, arw4h turut membintangi deretan filem hebat seperti Darah Satria, Setinggan, Da Di Du, Serampang Tiga, Penyamun Tarbus dan banyak lagi.

Jika dihitung, arwah Tawil membintangi kira-kira 500 drama, filem, teater dan bangsawan sejak usia 19 tahun.

Kali terakhir anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu tampil menerusi telefilem Taubat Seorang Samseng pada 2013, sebelum memperlahankan aktiviti seninya.

Tahun lalu, arw4h Tawil antara 25 penggiat seni menerima surat tawaran unit PPR di bawah Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin atas usaha Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk golongan veteran tidak berkemampuan.

Bagaimanapun, unit kediaman didudukinya dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan bayaran RM35,000, sebelum arwah dan isteri berpindah pada Mac lalu. Al fatihah.