[Terkini] Pelajar Tahfiz mninggal kmlangan, ” Hasrat pakai jubah & kopiah baru x kesampaian ” (5Gmbr)

Setiu : Semalam, kami sempat keluar membeli barang keperluan seperti jubah dan kopiah untuk dibawa ke pusat tahfiz, namun terkilan arw4h tidak sempat memakainya, luah Az4hari Abdullah, 55.

Azahari memberi reaksi itu selepas kehilangan anak lelakinya, Muhammad Alif, 17, yang men1nggal dun1a dalam kem4langan di Kilometer 44, Jalan Merang, di sini, 3.20 petang, hari ini.

Menurut Azahari, sebelum kemalangan itu berlaku, Muhammad Alif yang belajar di sebuah sekolah tahfiz di Ajil, Kuala Berang keluar berkelah bersama rakan di Hutan Lipur Lata Payung, di sini.

Katanya, dia juga sempat berhubung melalui telefon dengan Muhammad Alif pagi hari ini selepas arw4h keluar bersama rakannya itu seawal 8 pagi.

Ketika berhubung dengannya kira-kira 3 petang, arw4h memberitahu sudah dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Penarik, Setiu.

Allah lebih menyayanginya dan saya reda dengan kejadian ini walaupun tidak sempat menghantar arw4h pulang ke sekolah tahfiz esok, katanya ketika ketika ditemui di lokasi kejadian.

Azahari yang berasal dari Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu berkata, arw4h anak ke empat daripada lima beradik dan seorang anak yang baik serta disenangi keluarga dan rakan.

Malah, katanya, sejak semalam, arw4h sangat mesra dengan adik-beradiknya dan tidak menyangka kemesraan arw4h itu yang terakhir buat keluarga.

Mengenai kem4langan yang menimpa Muhammad Alif, menurut sumber, ia dikatakan berlaku ketika m4ngsa bersama beberapa rakan berkonvoi motosikal dalam perjalanan dari arah Penarik ke Kuala Terengganu.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi m4ngsa dikatakan bergesel dengan motosikal rakannya ketika mengelak lubang.

Berikutan itu, sumber berkata, m4ngsa yang dipercayai men1nggal dun1a di lokasi kejadian manakala rakannya yang juga berusia 17 tahun dari Kampung Batu Enam, Kuala Terengganu cedera ringan dan dir4wat di Hospital Setiu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, m4yat m4ngsa dibawa ke Unit F0rensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut dan kes disi4sat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Al fatihah.