[Terkini] Papa pergi dulu sayang , ” Perjalanan ayah mencari rezeki berakhir dijalan ” (5Gmbr)

Rembau : Pemandu lori men1nggal dunia bila lori yang dipandu terlibat kem4langan dengan 3 lagi kenderaan termasuk van yang membawa 7 anggota Polis di Plus arah utara.

Kemal4ngan berpunca dari lori yang di pandu Zaki Taib, 47, mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong laju, seorang m4ut, manakala, seorang p4rah dan 11 cedera dalam nahas empat buah kenderaan di kilometer 225, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, petang semalam.

Kem4langan yang melibatkan sebuah lori dengan van polis dan beberapa kenderaan lain, Bahkan, trafik sesak lebih tujuh kilometer di kedua-dua arah lebih tiga jam.

Dalam kejadian pukul 3.40 petang berkenaan, pemandu lori, Mohd Zaki disahkan men1nggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik susulan mengalami kecederaan p4rah di bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, tujuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pula cedera dan kini masing-masing dirawat di tiga buah hospital berlainan iaitu di Hospital Melaka, Alor Gajah dan Seremban.

Pemandu van polis, Lans Koperal Henry Chan Hui Chuan, 27, mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka. Penumpang van polis, Lans Koperal Mohd Shukri Ayob, 28, mengalami keceder4an p4rah di kaki dan dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

Dua anggota lagi, Koperal Rizuan Rahman, 34, dan Lans Koperal, Mohamad Firdaus Abd Sani, 33, cedera ringan serta dirawat di zon kuning Hospital Seremban.

Dua lagi anggota iaitu Sarjan Majid Baba, 53, dan Koperal Mohd Azizul Saiful, 34, juga mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Zon kuning Hospital Alor Gajah, katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Hazri lagi, selain lori muatan cat jenis Hino serta van polis jenis Toyota Hiace berkenaan, dua buah kenderaan lain yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut ialah Toyota Camry dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

Menurutnya, kelima-lima individu berusia 32 tahun hingga 64 tahun dalam kereta jenis Toyota Camry mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Zon Kuning Hospital Rembau.

Manakala, dua lagi individu dalam Perodua Alza, berusia 22 tahun tidak mengalami sebarang keceder4an.

Berdasarkan siasatan awal mendapati, lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Senawang menghala ke Ayer Keroh memandu dilorong tengah.

Menurutnya, sampai di tempat kejadian, lori berkenaan mengubah haluan ke lorong laju menghimpit Toyota Camry dan Perodua Alza lalu melanggar besi penghadang lebuh raya di bahagian tengah, lalu masuk ke laluan bertentangan merempuh van polis yang bergerak dari arah Ayer Keroh menghala ke Senawang.

M4yat m4ngsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat esok, katanya, Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Al fatihah.