[Terkini] Pak Lah pergi jua,” Mangsa tragedi kepala air meninggal dunia ” (5Gmbr)

Alor Setar : Abdullah Morad, yang terselamat semasa tragedi kepala air di Yan pada 18 Ogos 2021 lalu, akhirnya meninggal dunia di rumahnya Taman Murni, Seberang Jalan Putra pada pukul 3.30 pagi semalam.

Menurut menantunya, Mohd Muaz Idris, 32, selepas terselamat daripada tragedi itu, kea­daan bapanya yang merupakan Pengarah Kemas Perlis itu agak trauma terutamanya semasa mendengar hujan dan guruh ke­rana mengingati peristiwa lalu.

Katanya, selepas kejadian itu, keadaan fizikanya tidak begitu sihat kerana menghadapi masalah untuk berjalan hingga terpaksa meminta pertolongan untuk berdiri.

Oleh kerana kakinya sukar untuk berjalan, kami membawa­nya ke Kedah Medical Centre (KMC) untuk rawatan dan doktor telah mengesahkan bahawa urat besar kaki kirinya telah putus,” jelasnya.

Bagaimanapun, sejak ­Januari 2022, Mohd. Muaz berkata, keadaan kesihatan bapanya itu semakin merosot hingga tidak boleh berjalan lagi.

Kesihatannya semakin tenat, kami bawanya pulang dengan bergantung kepada alat bantuan pernafasan hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi (semalam), katanya.

Pada 18 Ogos 2021 Abdullah dan abangnya Zainol berada di Titi Hayun, Yan menjadi mangsa kejadian kepala air, namun Abdullah berjaya diselamatkan, manakala abangnya meninggal dunia.Credit Kosmo.