[Terkini] Pa pa mninggal kmlangan,” Skecil tumpng kaasih rkan arwh Pa pa ” (5Gmbr)

Rawang : Biarpun tiada pertalian d4rah, hubungan antara Muhamad Sharis Mohamad dan Ibnor Al Haddad Ibnor Hakim ibarat bapa dan anak kandung.

Ini kerana Muhamad Sharis, 30, sering memberi perhatian kepada Ibnor Al Haddad sejak bapa kepada bayi berusia 19 bulan yang juga rakannya, Ibnor Hakim Mohd Sharif men1nggal dunia ak1bat kemalangan pada 20 Januari tahun lalu.

Kisah Muhamad Sharis mendapat perhatian selepas v1deonya melayan Ibnor Al Haddad dimuat naik ibu bayi berkenaan, Halimatus Saadiah Mustajap, 26, di TikTok yang kemudiannya tular di laman sosial.

Menerusi v1deo itu, kelihatan Ibnor Al Haddad seolah-olah teruja apabila Muhamad Sharis datang dekat kepadanya dan menangis apabila lelaki itu mahu beredar.

Bercerita lanjut, Muhamad Sharis yang menetap di Bukit Beruntung, di sini, berkata, dia berkawan dengan Ibnor Hakim ketika di sekolah rendah tetapi jarang berhubung ketika masuk ke sekolah menengah.

Bagaimanapun, saya dapat tahu arw4h men1nggal dun1a cuma tidak berpeluang menguruskan pengebumi4nnya.

Kebetulan, saya juga mengenali isteri arw4h dan mengenangkan hubungan baik dengan suaminya, timbul rasa tanggungjawab mengambil berat terhadap anaknya.

Lagipun, saya juga seorang ayah kepada dua anak jadi faham perasaan kanak-kanak yang perlukan kasih sayang seorang bapa, katanya yang juga seorang duda ketika dihubungi HM, hari ini.

Menurutnya, dia lazimnya bertemu dengan Ibnor Al Haddad di kedai makan dan di rumah didiaminya bersama keluarga.

Ibnor Al Haddad belum boleh bercakap tetapi nampak teruja setiap kali bertemu dengan saya, Kiranya, apa yang dipaparkan dalam v1deo yang tular itu adalah realiti hubungan kami berdua.

Dia budak yang kurang meragam malah tidak menangis jika ibunya tinggalkan dengan saya, Saya sayangkannya kerana memang sukakan budak dan fikir dia anak yatim yang perlu diberi perhatian.

Selepas tularnya v1deo itu, ada segelintir netizen syorkan saya berkahwin dengan Halimatus Saadiah cuma setakat ini kami berkawan dan serahkan soal j0doh kepada Allah,katanya.