[Terkini] Nazli janji balik siap kerja, ” x sngka jenzahnya yg balik kata ibuu ” (5Gmbr)

Sabak Bernam : Ketika keluar untuk bekerja kelmarin, N4zli Misnon, 56, sempat berjanji dengan ibunya, Siti Rudiah Mohd Kotib, 78, untuk pulang ke rumah hari ini.

Selepas membeli makanan tengah hari buat ibu dan bapanya, bapa tiga anak itu kemudian masuk ke dalam kereta tetapi keluar semula untuk memeluk serta mencium Siti Rudiah yang ketika itu berada di beranda selain meminta izin untuk pergi kerja.

Hari ini, hanya jen4zah Nazli dibawa pulang ke rumah selepas dia bersama kelindan, Anwar Tushali Arimi Mualimin, 25, m4ut apabila lori membawa baja dipandunya terbabas ke dalam g4ung di Kilometer 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, semalam.

Ketika ditemui, Siti Rudiah berkata, kata-kata Allahyarham yang memaklumkan dia akan pulang ke rumah hari ini masih terngiang di telinganya.

Kelmarin, dia meninggalkan rumah dalam keadaan yang ceria, hari ini dia pulang, tetapi sebagai jen4zah dan meninggalkan kami buat selamanya,katanya dalam nada sebak.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri meluangkan masa menzi4rahi Siti Rudiah sekeluarga di rumah mereka di Jalan Haji Mokhtar, Kampung Sungai Air Tawar, di sini.

Katanya, dia hanya mengetahui kemalangan membabitkan Allahyarham selepas dimaklumkan oleh bapa Anw4r Tushaili yang datang ke rumah sambil men4ngis.

Sambil menangis, dia memberitahu anaknya dan anak saya m4ut dalam kemalangan. Pilu hati dengar perkhabaran itu, saya hanya mampu berdoa agar segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT.

Arw4h anak yang penyayang, baik dan mesra, rajin memasak dan sering berpesan kepada saya supaya tidak memasak kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, katanya.

Sementara itu, kakak ipar Nazli, Zahratul Laila Samsuddin, 35, berkata arwah ada menghubunginya dua jam sebelum kemalangan dan berpesan supaya menjaga rumah serta ibu bapanya.

Arw4h beritahu ‘tolong tengokkan rumah dan emak abah’ sebelum talian terputus. Tidak sangka itu pesanan terakhirnya, katanya.

Abd Rahman pula memaklumkan, Allahyarham yang juga kenalannya ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah di Sabak Bernam, aktif dalam kumpulan WhatsApp bekas pelajar sekolah dan sering melontarkan pandangan serta idea.

Arw4h seorang yang mudah mesra dengan rakan, berita kematiannya amat mengejutkan kami, Saya pernah menziarahi dia pada Julai lalu dan menyampaikan bantuan bakul makanan selepas dia menjadi kontak rapat pesakit C19,katanya.

Jen4zah Allahyarham selamat dikebum1kan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Sungai Air Tawar pada jam 10 pagi tadi. Al fatihah.