[Terkini] Nasib Cikgu,” Dia diasingkan distor tukang cuci berdinding zink ” (5Gmbr)

Ipoh : V1deo seorang guru mendakwa dia diasingkan pihak sekolah di sebuah bilik simpanan (stor) tukang cuci yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi netizen.

V1deo berdurasi sekitar tiga minit itu menjadi tular pada aplikasi TikTok yang dimuat naik pemilik akaun bernama Asda Yanti Mh sejak semalam dan sudah mencecah 1.2 juta tontonan sehingga kini.

Guru salah sebuah sekolah menengah di Ipoh tersebut dipercayai diasingkan pihak sekolah ekoran beliau belum menerima suntikan v4ksin.

V1deo berkenaan memaparkan pendidik tersebut meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi pihak sekolah terhadapnya.

Original Link Video boleh lihat di fb Alfaedah Ibn Ishaq 

Pada mulanya dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani, namun ditukarkan ke stor tukang cuci atas alasan ia merupakan kawasan laluan serta mempunyai banyak peralatan sukan.

Katanya, bilik setor tukang cuci tersebut hanya mempunyai meja serta kipas namun tidak mempunyai kerusi serta plug untuk menggunakan komputer riba dan sebagainya.

Dinding bilik diperbuat daripada zink jadi saya masuk sekejap dan tidak tahan kerana sangat panas,Jadi sekarang saya duduk di dalam kereta ambil sedikit penghawa dingin sebab bilik itu terlalu panas dan tidak layak diduduki, katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen memberi maklum balas langkah diambil lihak sekolah itu adalah bagi melindung pelajar dan guru yang sudah div4ksin.

Ada juga yang menasihati guru berkenaan untuk menerima suntikan v4ksin demi keselamatan semua serta keselesaan guru tersebut.

Bagaimana pun ruang komen berkenaan telah ditutup pemilik akaun terbabit setakat pukul 12 tengah hari tadi. Credit Kosmo.