[Terkini] Nadir sampaikn hajaat Sarah , ” Buat Ko rban diG aza x sngka dia akn prgi slamanya ” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4za Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan penyanyi Siti Sarah pernah menyertai ibadah k0rban di P4lestin dengan menyumbangkan lembu bernilai ribuan ringgit.

Menurutnya, beliau telah dihubungi pelantun lagu Kesetiaan itu sebelum Aidiladha lalu dengan memaklumkan mahu menyertai program k0rban di bumi G4za.

Masa itu saja terkejut beliau (Siti Sarah) nak k0rbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian sahaja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara di P4lestin, katanya dalam satu hantaran di Facebook tadi.

Difahamkan, harga satu bahagian lembu bagi ibadah k0rban di P4lestin bernilai RM1,900.

Berat bagi seekor lembu di P4lestin pula antara 550 hingga 600 kilogram seekor yang memanfaatkan hampir 1,500 orang.

Katanya lagi, nyawa Siti Sarah diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib selain didoakan oleh ratusan penduduk di bumi P4lestin yang pernah merasa daging sumbangan arw4h.

Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil did0akan ratusan keluarga syuhada akhirat di bumi berkat.

Semoga engkau tenang di sana dan Shuib dan keluarga tabah kehilangan bidadari tersayang, paling memilukan arwah sarah x sempat menatap wajah anak bongsu mereka. Al fatihah.