[Terkini] Murid darjah 3 lemaas,” Ketika teman ayh menjala ikan ” (5Gmbr)

Kuala Krai : Seorang kanak-kanak ditemui lem4s selepas dia dilaporkan hilang selama dua hari ketika sedang menunggu bapanya menjala ikan di Sungai Galas, Kampung Jenal dekat Dabong di sini Sabtu lalu.

M4ngsa, Che Mohamad Zarith Adrian Che Omar, 9, ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang kira-kira 6.10 petang selepas dihanyutkan arus deras.

Alhamdulillah, Setelah 3 hari pihak penyelamat mencari m4ngsa lem4s adik Che Mohd Zarith Adrian Bin Che Omar akhirnya dengan izin Allah SWT telah dijumpai.

Terima kasih kepada pihak Bomba, APM dan orang kampung yang bertungkus lumus di dalam operasi mencari m4ngsa tersebut.

Sama-sama kita doakan semoga arw4h adik Che Mohd Zarith Adrian Bin Che Omar ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman, Semoga keluarga arw4h tabah dan redha dengan ketentuan Allah ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Mohd. Zarami Ibrahim berkata, mangsa ditemui oleh seorang penduduk kampung ketika membantu operasi mencari bersama polis dan bomba yang menerima maklumat mengenai kehilangan m4ngsa kira-kira pukul 1.56 tengah hari Sabtu lalu.

Katanya, siasatan mendapati, m4ngsa bersama abangnya yang berusia 10 tahun mandi di kawasan sungai itu sementara menunggu bapanya, Che Mohamad Abdullah, 52, menjala ikan kira-kira 10 meter dari kawasan dia dikhuatiri lem4s.

Sebelum kejadian, m4ngsa dan abangnya mengikut bapa mereka menoreh getah, Selesai menoreh, bapa m4ngsa yang juga nelayan darat singgah di sungai berkenaan untuk menjala ikan.

M4ngsa telah meminta izin untuk mandi di sungai itu, namun bapanya melarang kerana air sungai keruh dan dalam, Tidak sempat bapanya menebar jala, abang m4ngsa datang memaklumkan bahawa adiknya sudah lem4s katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.

Menurut Mohd. Zarami, sepanjang dua hari operasi mencari, sebanyak 20 buah bot penduduk dan beberapa buah bot bomba, polis serta Angkatan Pertahanan Malaysia telah terlibat.

Katanya, m4yat m4ngsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibed4h si4sat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Suprintendan Suzaimi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu semalam.Al fatihah.