[Terkini] Mulut Nizambudin & Jamaludin berbuih, ” Ajaal lepas makan sisa dalam tong sampah ” (4Gmbr)

Langkawi : Dua beradik warga Myanmar m4ut dipercayai selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, di sini, petang ini.

M4ngsa dikenali sebagai Nizambudin, empat tahun, dan adiknya, Ngei Jamaludin, dua tahun, dilaporkan men1nggal dunia berhampiran tempat kejadian pada jam 5.40 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 6.15 petang.

Siasatan mendapati bapa kanak-kanak itu melihat kedua-duanya berada berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih sebelum membawa kedua-duanya ke rumah jiran berdekatan.

Beberapa minit selepas itu, dua kanak-kanak itu dapati tidak bernafas sebelum penduduk kampung menghubungi pihak polis,katanya dalam kenyataan di sini.

Shariman berkata, bapa kanak-kanak itu bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan kerja kampung, selain mereka tiada kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.

Siasatan awal mendapati, kanak-kanak yang men1nggal dunia ini dipercayai memakan sisa makanan diperoleh dalam tong sampah iaitu kawasan mereka ditemui.

Pengesahan kem4tian dibuat oleh petugas perubatan dan kedua-dua mayat dihantar ke Unit Forensik H0spital Sultanah Maliha untuk ujian CD19 dan bedah si4sat,katanya.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kem4tian mengejut (SDR).Al fatihah.