[Terkini] Mohon doakn Hubby saya, ” Hilang disungai Pahang ketika latihan ” (5Gmbr)

Bera : Seorang anggota tentera yang yang terlibat dalam latihan Eksesais Para Predator di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini dikhuatiri lemas selepas terj4tuh ke dalam Sungai Pahang semalam.

Difahamkan dalam kejadiaan kira-kira pukul 4.40 petang itu mangsa LKpl Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, berasal dari Kedah terj4tuh ke sungai ketika melakukan aktiviti penyusupan dan penyeberangan sungai.

Susulan itu operasi mencari dan menyelamat m4ngsa yang berasal dari Kedah mula digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 5.40 petang semalam sebelum ditangguhkan pada pukul 7 petang.

Sementara itu adik mangsa, Noorsuhada Mohamad Isa,24, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi isteri m4ngsa yang tinggal di Melaka petang semalam.

Kali terakhir saya bertemu dengan abang pada awal tahun ini di kampung, saya mohon didoakan agar abang dapat ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat,katanya.

Eksesais Para Predator merupakan salah satu eksesais yang dilaksanakan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 10 Briged (PARA) yang berpengkalan di Kem Terendak, Melaka.

Ekksesais berskala besar selama 14 hari itu melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik Tentera Darat Malaysia. Credit Kosmo.