[Terkini] Moga suaami slamat, ” Abg terus prgi lepas ini kata trakhirnya ” (5Gmbr)

Kuching : Kamek terus pergi kak tuk (saya terus pergi lepas ini nanti), itu kata ter4khir Awang Omar Awang Hamsawi kepada isterinya, sebelum dia ke laut bersama lapan pemancing dan tekong bot, semalam.

Awang Omar, 59, yang juga pembantu tekong bot memancing itu masih belum ditemui selepas bot yang dinaikinya karam di perairan Pulau Satang, di sini, semalam.

Lapan pemancing serta tekong bot berkenaan bagaimanapun ditemukan selamat tengah malam tadi.

Isterinya, Hajiah Rosdi, 59, berkata suaminya keluar dari kediaman mereka di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa 2, Jalan Astana, Petra Jaya, awal pagi semalam kerana perlu sampai di jeti Kampung Telaga Air dan menyiapkan bot sebelum jam 7 pagi.

Dia berkata, kira-kira jam 8 pagi, Awang Omar menghubunginya memaklumkan mereka akan memulakan perjalanan.

Dia ada memberitahu, mereka akan pergi pada waktu pagi bersama lapan pemancing yang semuanya berasal dari Semenanjung dan akan balik semula pada waktu petang kerana esoknya (hari ini) mereka akan pergi ke laut semula bersama sekumpulan lagi pemancing lain.

Sejurus sebelum menamatkan perbualan kerana mereka akan memulakan perjalanan, suami ada menyebut ‘dia akan terus pergi, katanya dengan nada sebak ketika ditemui di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Kampung Telaga Air, di sini, hari ini.

Menurut Hajiah, dia hanya mengetahui bot yang dinaiki suaminya karam selepas kakak iparnya terbaca kejadian itu menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 2 petang.

Sebaik menerima maklumat itu, saya berusaha menghubungi telefon suami namun gagal, Saya kemudian terus ke jeti Kampung Telaga Air kira-kira 6 petang semalam dengan harapan ada berita mengenai suami saya.

Pada tengah malam tadi, apabila diberitahu sembilan orang ditemui selamat, hati saya berdebar-debar mengharapkan suami saya antara yang ditemui itu, namun hampa apabila diberitahu dia tiada dalam senarai, katanya.

Masuk hari kedua pencarian hari ini, Hajiah yakin suaminya akan ditemukan selamat.

Sementara itu abang m4ngsa, Awang Ali Awang Hamsawi, 61, berkata adiknya itu sering memancing di laut dan tahu selok belok pulau di perairan itu.

Menurutnya, Awang Omar ada menghubunginya pagi semalam memaklumkan mereka akan ke laut bersama sekumpulan pemancing.

Malah katanya, setiap kali ke laut untuk memancing, Awang Omar pasti memberitahu semua adik beradik yang lain melalui aplikasi Whatsapp.

Saya mengharapkan dia akan ditemukan selamat, katanya. Credit Harian Metro.