[Terkini] Mnangis Makk ,” Snggup ckap ibunyaa mninggal brsama 13 ahli kluarga lain ” (5Gmbr)

Johor Bahru : Tembel4ng seorang lelaki untuk meraih simpati dan mendapatkan wang dari majikan dan orang ramai akhirnya pecah bila kisah penipuannya ” Scam” berjaya dikesan.

Sejak semalam tular dilaman sosial seorang lelaki mendakawa 14 ahli keluarganya meninggal dunia akibat C19 demi mendapat simpati majikan nya dan orang ramai.

Dia yang dikenali dengan nama Mohd Zahazan Zainon menipu orang ramai agar simpati dengannya seterusnya memberi bantuan keawangan dengan memasukan kedalam akaun CIMB miliknya yang ditularkan.

Mengikut orang ramai yang membongkar kisah penipuan Zahazan ini dia sanggup menyenaraikan nama 14 ahli keluarganya dikatakan olehnya mereka meninggal dunia akibat C19.

Paling menyedihkan dia juga memberi tahu ibunya salah seorang korban C19 padan hal ibu nya sihat dan masih hidup dirumah, menangis ibunya bila anak lelakinya sanggup berbuat demi kian untuk mendapatkan simpati dan wang mudah.

Dlam pada itu Petrolium Nasional Berhad (Petronas) mengesahkan seorang pekerja kontraktornya di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan pihak berkuasa untuk siasatan atas dakwaannya kehilangan ramai ahli keluarga disebabkan C19.

Petronas dalam kenyataan medianya malam tadi, berkata lelaki terbabit juga ditahan bagi membantu siasatan pihak berkuasa terhadap sumbangan yang diterimanya selepas dakwaan itu.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan terbabit.

Kami ingin menekankan bahawa kami tidak berkompromi dengan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami.

Kesemuanya terikat dengan tata kelakuan dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa berkhidmat untuk Petronas dan kumpulan syarikat kami,kata kenyataan itu.

Malam tadi, polis mengesahkan menyiasat aduan penipuan 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat C19 yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Siasatan dijalankan susulan laporan yang dibuat seorang pegawai Petronas Pengerang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan kes itu diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu tular di WhatsApp dan Facebook dengan dakwaan kononnya seorang lelaki yang bertugas di Petronas di Pengerang kehilangan 14 insan tersayang termasuk isteri dan lapan anak akibat C19, baru-baru ini.

Bersama kenyataan itu turut tular permintaan bagi menyalurkan sumbangan ikhlas kepada lelaki terbabit bagi meringankan bebannya. Credit BH.