[Terkini] Mereka PJJ hanya 5 hari hidup bersama, ” Kini abg prgi tinggalkn sayang ” (5Gmbr)

Kuala Terengganu : Masih dalam kehangatan cinta dan fasa bulan madu, seorang wanita terpaksa menerima hakikat suami yang baru dikahwini selama 47 hari men1nggal dunia akibat dij4ngkiti C19.

Lebih memilukan, Munirah Mamat, 37, dari Kampung Batu Hampar, Manir di sini sempat melayari kebahagiaan berumahtangga hanya lima hari sebelum suaminya terpaksa pulang ke Johor atas urusan kerja.

Cerita Munirah, dia berkahwin dengan Safri Muhamad, 50, yang berasal dari Ulu Tiram, Johor pada 29 Julai lalu di Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu selepas berkenalan selama 15 tahun, Selepas lima hari berkahwin, saya dan suami tinggal berasingan kerana arw4h bekerja di Johor.

Hanya panggilan v1deo jadi penghubung sepanjang tempoh kami berjauhan, katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Dia yang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pasar raya di sini berkata, arw4h kemudian mengadu dem4m berpanjangan bermula 3 September sebelum disahkan p0sitif C19.

Ketika itu, katanya, Safri yang mempunyai peny4kit asma sudah menerima vaksin namun tidak sempat melengkapkan dos kedua berikutan demam.

Ketika kami berhubung melalui panggilan v1deo, arw4h pandang saya sambil tersenyum tapi jelas dia nampak letih, Saya bimbang melihat keadaan dia tapi hanya mampu berdoa, katanya.

Wanita itu memberitahu, suaminya kemudian dihantar ke H0spital Sultan Ismail (HSI) pada jam 6.30 petang, 12 September selepas kesihatan merosot dan dia turut ke Johor bagi memantau perkembangan Safri.

Kata Munirah, kebimbangannya bertambah apabila doktor hubungi untuk meminta kebenaran menidurkan Safri, sejam selepas dimasukkan ke HSI kerana kadar 0ksigen dalam badan suaminya menurun.

Waktu itu, saya sudah pasrah dan menyerahkan sepenuhnya kepada ALLAH SWT. Pada 14 September iaitu selepas 36 jam ditidurkan, pihak hospital hubungi saya dan beritahu suami men1nggal dun1a pada jam 7.15 pagi, katanya.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di tanah perkvburan Taman Mount Austin kira-kira jam 1 tengah hari.

Jelas Munirah, dia reda dengan takdir bahawa j0doh mereka hanya selama 47 hari dan menyifatkan arwah suaminya seorang yang bertanggungjawab serta penyayang.

Arw4h suami sebenarnya sudah merancang untuk berhenti kerja di Johor dan pulang ke Terengganu tinggal bersama saya namun apakan daya, impian kami tidak tercapai kerana ALLAH SWT lebih sayangkan dia, katanya.Al fatihah.