[Terkini] Menangis dan terkesan pmergian mu ” Berehat lah Alisha ” (5Gmbr)

Sepang : Apa yang berlaku jelas kecu4ian pemandu Van wanita berusia 31 tahun walaupun sudah banyak kes sebegini namun pihak pengusahan van mengambil sifat sambil lewa kesel4matan murid murid yang menaiki van mereka.

Apabila sesuatu kes sebegini berlaku baru membuka mata ramai pihak, berbagai pendapat timbul yang jelas keluarga ini sudah kehilaangan anak tersayang disebakkan kecuaian.

Sememang sudah ajal arwah adik Nur Alisha namun perkara buruk ini boleh dielak jika setiap pengusahan van membawa pelajar pelajar dari sekolah rendah ini lebih peka tentang keselamatan pelajar yang dibawa mereka seperti mana diamanahkan oleh keluarga.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu cedera di kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.10 tengah hari.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian van sekolah berkenaan menghantar murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Seroja Sepang ke sebuah tadika yang dijadikan transit kepada murid terbabit sebelum ke Kelas Fardu Ain (Kafa).

Menurutnya, selepas selesai menurunkan kesemua murid di tadika berkenaan, pemandu van yang juga seorang wanita berusia 31 tahun terus bergerak ke hadapan.


Katanya, pada masa sama mangsa yang terakhir turun dari van melintas di bahagian hadapan van yang sedang bergerak itu lalu dilanggar kenderaan terbabit,M4ngsa yang parah di kepala dikejarkan ke unit kecemasan Nilai Medical Centre pada 2.30 petang, bagaimanapun pegawai perubatan hospital berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

M4yat m4ngsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah si4sat. Pemandu berkenaan dirakam percakapan dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam tular video di media sosial memaparkan sebuah van melanggar seorang murid yang berjalan di hadapan van berkenaan untuk transit di sebuah tadika.

Video berkenaan dirakam melalui litar kamera tertutup (CCTV) milik seorang penduduk di taman berkenaan dan tular di media sosial.

Salam takziah buat keluarga Mohd Azlin dan Puan Mahani kehilangan anak bongsu mereka Nur Alisha Safiya. Al fatihah.