[Terkini] Mama dah x ada syg, ” Cikgu Nur Amiza mninggal 0tw ke sekolah ” (6Gmbr)

Serian : Seorang guru m4ut akibat keceder4an p4rah selepas terlibat kem4langan di Kilometer 5 Jalan Serian-Tebedu hari ini.

Ketua Jabatan Sias4tan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata m4ngsa dikenali sebagai Nur Amiza Amira Abdullah, 29, dan beralamatkan dari Kampung Pangkalan Kuap, Kota Samarahan.

Menurutnya, m4ngsa semasa kejadian memandu sebuah kereta dari arah Serian menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebedu tempatnya mengajar pada jam 7.20 pagi.

Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Nur Amiza Amira Binti Abdullah telah pergi meninggalkan kita selamanya di dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku awal pagi tadi di simpang ke Kampung Sorak Melayu, Serian ketika di dalam perjalanan ke sekolah.

Pihak sekolah sangat merasa kehilangan seorang guru dan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani yang begitu komited terhadap tugasnya sebagai pendidik di SMK Tebedu dan juga sebagai rakan guru yang disayangi dan disegani oleh murid di SMK Tebedu. Ucapan takziah dari pihak sekolah kepada seluruh keluarga beliau dan semoga segala urusan dipermudahkan. -SMK Tebedu .

Kem4langan berlaku apabila kereta m4ngsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan mel4nggar culvert (pembetung) konkrit di jalan raya tersebut.

M4ngsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kemalangan, katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

M4yat m4ngsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Si4satan masih dijalankan dan kita difahamkan semasa kemalangan berlaku, cuaca hujan dan permukaan jalan basah serta berselekoh, katanya.

Arw4h Cikgu Amiza meninggalkan suami dan dua anak yang masih kecil semoga keluarga arwah tabah yang maha esa lebih sayangkan dirinya.

Satu kehilangan besar buat SMK Tebedu Serian dan warga Pendidik diSarawak moga diberi kekuatan untuk seluruh keluarga arw4h untuk menempuhi dugaan yang amat berat ini.Al fatihah.