[Terkini] Maafkn makk syg,” Mahu buang air besar tetapi bby yg keluar ” (4Gmbr)

Sekinchan : Hasrat seorang wanita untuk membuang air besar dikejutkan dengan dia melahirkan anak secara tidak sengaja menyebabkan bayi yang dikandung berusia 7 bulan terjatuh dalam mangkuk tandas.

Akhbar melaporkan B4yi lelaki men1nggal dunia dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di belakang sebuah restoran di Parit 7 dekat sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada 4 petang ketika ibu bayi berkenaan yang berusia 37 tahun itu mahu membuang air besar.

Dia yang meng4ndung tujuh bulan secara tidak sengaja melahirkan anaknya itu,Bayi itu kemudiannya terj4tuh ke dalam mangkuk tandas.

Ini laporan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.

ISNIN 27.9.2021, OPERASI MENGELUARKAN BAYI DALAM MANGKUK TANDAS.

DIALAMAT : ABAH BONDA IKAN BAKAR PARIT 7 SEKINCHAN
LAPORAN KEJADIAN MELIBATKAN SEORANG WANITA MELAYU BERUMUR 37 TAHUN YANG MENGANDUNG 7 BULAN DIDAPATI TELAH MELAHIRKAN BAYI SECARA TIDAK SENGAJA DI DALAM TANDAS KETIKA HENDAK MEMBUANG AIR BESAR.

BAYI YANG DILAHIRKAN TELAH TERJATUH KE DALAM MANGKUK TANDAS DAN BERJAYA DIKELUARKAN OLEH PIHAK BOMBA SETELAH MEMECAHKAN MANGKUK TANDAS TERSEBUT.

BAYI TERSEBUT DISAHKAN MENINGGAL DUNIA OLEH PIHAK KKM,
IBU MANGSA DIDAPATI DALAM KEADAAN STABIL DAN TELAH DIHANTAR KE HOSPITAL TANJUNG KARANG DENGAN MENGGUNAKAN AMBULAN DARI KKM.
SEKIAN,TERIMA KASIH. PGO SELANGOR

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.03 petang.

Menurutnya, sepasukan sembilan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba, kami mendapati bayi yang dilahirkan itu terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkannya dengan cara memecahkan mangkuk tandas.

Pasukan perubatan yang tiba kemudiannya mengesahkan bayi terbabit meninggal dunia,katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hafisham berkata, ibu mangsa berada dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang (HTK) untuk menerima rawatan. Al fatihah.