[Terkini] Maafkn ayh syg,” Si bongsu dijumpai lemass lepas hilang ” (5Gmbr)

Maran : Seorang kanak-kanak lelaki berusia set4hun 8 bulan yang hilang ketika dibawa bapanya ke sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 4 semalam ditemui lem4s di Sungai Jempol di sini hari ini.

Difahamkan sebelum kejadian, m4ngsa, Muhammad Abdullah Saiful Bahari bersama kakak dan abangnya yang berusia lapan dan enam tahun berada di dalam kereta sebelum m4ngsa hilang tanpa disedari.

Ketua Balai Bomba Jengka, Raja Mohd Arif Raja Shamsuddin berkata, m4yat m4ngsa ditemukan kira-kira pukul 10.37 pagi hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat.

M4yat m4ngsa yang dalam keadaan tenggelam ditemui tersangkut pada reba kira-kira satu kilometer dari lokasi m4ngsa dipercayai terj4tuh.

M4yat yang dalam keadaan sempurna dan baik itu telah dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital,katanya di sini, hari ini.

Menurut Raja Mohd Arif operasi mencari dan menyelamat m4ngsa dimulakan petang semalam melibatkan bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung sebelum ditangguhkan serta disambung semula hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal, ayah m4ngsa menyedari kehilangan m4ngsa pada pukul 1 petang apabila mangsa tiada di dalam kereta.

Katanya, kakak dan abang mangsa yang berada di dalam kereta tidak menyedari m4ngsa keluar dari kereta dan semasa kejadian pintu kereta berkenaan terbuka.

Ayah m4ngsa bersama anaknya telah mencari m4ngsa di kawasan sekitar dan menemui kesan tapak kaki kanak-kanak di tepi sungai berhampiran tempat tersebut.

Ayah m4ngsa yang mengesyaki mangsa terj4tuh ke dalam sungai kemudiannya telah meminta bantuan orang kampung untuk mencari mangsa,ujarnya.Al fatihah.