[Terkini] Maafkn abg sayg, ” x dpat tunaikn prmintaanya sayg” (5Gmbr)

Melaka : Permint4an ter4khirnya, isteri minta untuk temankannya di h0spital dan katanya kalau tidak boleh masuk pun cukuplah saya berada di luar dan dia dapat melihat dari luar.

Tiga hari ini ter4khir ini memang memberi kesan kerana arw4h isteri minta benda yang saya tidak boleh tunaikan, walaupun beberapa kali saya cuba terangkan kepadanya,” luah Mohd Fird4us H4ron, 36, yang kehil4ngan isteri Hern1 Yusnil4h Yusof, 29, akibat C19.

Herni yang meng4ndung enam bulan men1nggal dun1a semalam selepas 13 hari dirawat di Hospital Melaka.

Menurut Mohd Firdaus, dia tidak menjangka isterinya yang meng4ndungkan anak kedua mereka akan pergi meninggalkannya selepas sedar daripada ditidurkan.

Kali pertama isteri ditidurkan kira- kira tujuh hari lalu selepas kesihatan dia semakin mer0sot namun dia menunjukkan perkembangan positif dan kembali sedar walaupun masih berg4ntung kepada bantuan 0ksigen.

Bagaimanapun kesihatan dia kembali mer0sot dan perlu ditidurkan kembali pada Isnin sebelum disahkan meninggal kira kira 11.40 malam, katanya ketika dihubungi.

Katanya, dia dan isteri amat menantikan kehadiran anak kedua mereka namun Allah SWT lebih menyayangi mereka.

Mohd Firdaus yang mengusahakan gerai Warong Kopi Manggis Road berkata, sebelum ini arw4h isterinya kerap bertanya kepada dirinya sama ada dia boleh menjaga anak perempuan mereka berusia lima tahun dan ibunya sekiranya dia ditakdirkan pergi dahulu.

Dia selalu bertanya kalau saya boleh jaga anak dan emaknya seperti dia lakukan, Dia amat rapat dengan ibunya memandangkan dia satu- satunya anak perempuan.

Sebelum ini kebanyakan keputusan dalam keluarga dia akan putuskan malah merupakan ‘ahli fikir’ untuk kami semua walaupun dia anak bongsu, katanya.

Ujarnya, dia kini bukan sahaja kehilangan ‘ahli fikir’ malah ‘p4tah kaki’ untuk menguruskan perniagaannya itu.

Apa yang terhasil di kedai kami adalah hasil apa yang difikirkannya. Rupanya dia lakukan (usaha) untuk tinggalkan buat anak kami dan emaknya.

Sepatutnya kami potong gelang bersama kelmarin, namun takdir dia pergi dahulu. Alhamdulillah ibu mertua yang sebelum ini turut disahkan p0sitif C19 juga sudah sembuh, katanya.Al fatihah.