[Terkini] Maafkan walid sayang, ” Ustaz Khairi cedera solat jenazah anak atas katil ” (5Gmbr)

Rantau Panjang : Seorang kanak-kanak berusia enam tahun m4ut selepas kereta jenis Perodua MyVi dinaiki bersama tiga ahli keluarganya terbabas di Jalan Lubok Stol, di sini semalam.

Tiga lagi ahli keluarga kanak-kanak berkenaan bagaimanapun mengalami kecederaan iaitu Mohd. Khairi Ismail, 32, (bapa) patah kaki kanan dan luka ringan, ibu (Siti Mariam Sidi Ahmad, 32) patah kaki kiri serta luka ringan, manakala Muhammad Hud Afkar, 4, (adik) patah kaki kiri.

Hari ini kami warga PASTI Negeri Kelantan menerima perkhabaran duka akan kematian adik Muhd Nuh Azka Bin Mohd Khairi, murid PASTI An Nur, Gunung Reng, Jeli, kerana terlibat dengan kemalangan awal pagi tadi ketika bersama ayahandanya serta seluruh ahli keluarga dalam perjalanan ke program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di PUTIK hari ini.

Ayah beliau, Ust Khairi Ismail adalah merupakan salah seorang AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan . Beliau serta isteri dan anak yang lain dilaporkan masih menerima rawatan di HRPZ.
InsyaAllah, anak ini adalah anak syurga, kegembiraan buat ibubapa dan ahli keluarga al-marhum, Al-Fatihah -PASTI Negeri Kelantan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku pada pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, kereta yang dipandu bapa kanak-kanak berkenaan dari arah Lalang Pepuyu menghala ke Rantau Panjang hilang kawalan setiba di lokasi kejadian dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan.

Situasi itu menyebabkan kereta tersebut terbabas ke bahu jalan dan kemudian mel4nggar sebatang pokok, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kanak-kanak tersebut,Muhd Nuh Azka,6, men1nggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecem4san Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada pukul 7.19 malam.

Beliau memberitahu, bapa, ibu dan adik kepada kanak-kanak berkenaan yang mengalami keceder4an dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, moga Ustaz Khairi dan isteri tabah kehilangan anak sulung tersayang yang maha esa lebih sayangkan dirinya.Al fatihah.