[Terkini] Maaf kami tak mampu, ” Hidup kami kais pagi makan pagi ” (5Gmbr)

Kuala Nerang : Duit simpanan makin susut, kerja suami berg4ntung kepada menoreh, kalau hari hujan tiadalah rezeki buat kami.

Demikian kata rintihan seorang suri rumah, Nurnadia Abdullah, 29, mengenai kedaifan keluarganya bersama empat orang anak di di Kampung Rambutan, Kuala Nerang di sini.

Suaminya, Mohd. Shahrudin Hanafi, 36 bekerja sebagai penoreh getah hanya kais pagi makan pagi.

Ujar Nurnadia, anak anaknya masih kecil dan ada kalanya terpaksa gantikan susu formula dengan susu pekat sahaja kerana kesempitan wang.

Anak yang empat tahun ini sejak dua tahun lepas sudah tak minum susu formula dan kalau dia nak juga saya bagi susu pekat manis sahaja.

Anak kami yang berusia tujuh bulan ini saya usahakan juga pinjam keluarga untuk beli susu itu pun catu dan selebihnya saya masakkan bubur nasi sahaja, katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Rambutan, Padang Temak Kuala Nerang dekat sini baru-baru ini.

Pasangan ini mempunyai empat anak, Mohd Badrisyah, 12, Helmi Aqashah, 10, Fariz Irwansyah, 4, dan Nor Lara Raysa, 7 bulan.

Suami kerja memotong (penoreh), Mana mampu nak sewa rumah lain wang daripada habiskan bayar sewa lebih baik beli keperluan keluarga.

Dua daripada anak kami bersekolah dan saya juga mempunyai anak kecil berusia tujuh bulan banyak nak pakai duit, katanya.

Tambahnya, dia sekeluarga berpindah ke rumah berkenaan yang juga merupakan rumah arwah neneknya sejak dua tahun lepas.

Siapa yang tak mahu tinggal di rumah selesa kami nak menyewa pun tak mampu. Bumbung yang bocor ini pun kami tak mampu baiki jadi biarkan saja, Kalau hujan separuh rumah akan basah, katanya.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga tersebut boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun Bank Islam Nurnadia Abdullah 02075020480622. Credit Kosmo, Foto Ayam Bismi.