[Terkini] Ma ma dan bby sudah x ada syg,” Sarah mninggal lepas 8jam dirwat (5Gmbr)

Sungai Petani : Kegembiraan seorang suami untuk menimang cahaya mata perempuan selepas mempunyai dua anak lelaki tidak kesampaian apabila isteri dan k4ndungannya yang berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat C0V1D19 semalam.

Mohd. Fadli Abd. Wahab, 35, berkata, isterinya, Umaisarah Azmi, 25, yang sedang mengandung anak ketiga meninggal dunia selepas disahkan p0sitif C0V1D19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada pukul 1.25 petang.

Ibu kepada dua anak lelaki berusia 6 dan 3 tahun dan tidak bekerja itu menghembuskan n4fas terakhir selepas lapan jam dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengadu sesak n4fas di rumahnya di Kampung Pokok Asam, Pinang Tunggal di sini pada pukul 5.05 pagi.

Menurut Mohd. Fadli, sejak mula mengandung pada Januari lalu, isterinya tidak pernah menghidap sebarang peny4kit atau mengalami alahan.

Saya terkejut kerana awal pagi Sabtu dia mula mengadu sukar bern4fas, selain lemah seluruh badan.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, saya segera membawanya untuk mendapatkan rawatan di HSAH tetapi lapan jam kemudian dia disahkan meninggal kerana C0V1D19, katanya ketika ditemui Utusan di Kampung Pokok Asam, Pinang Tunggal di sini hari ini.

Menurut Mohd Fadli yang bekerja di sebuah pusat menjual kereta terpakai di Padang Temusu dekat sini, dia dan isterinya sebelum ini gembira apabila bakal memperoleh cahaya mata perempuan dalam tempoh dua bulan lagi.

Dua anak lelaki saya juga teruja dan tidak sabar menunggu kelahiran adik perempuan mereka,katanya.

Tambahnya, sejak awal Jun lalu, dia sentiasa menemani isterinya di rumah kerana tempat kerjanya ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Tetapi awal pagi semalam selepas sesak n4fas sehinggalah dia menghembus n4fas terakhir saya tidak sempat berada di sisinya dan hanya melihat tubuhnya telah kaku ketika dipanggil doktor untuk tujuan pengesahan kem4tian, katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui kem4tian isterinya, dua anak lelakinya itu asyik menangis dan memanggil ibu mereka pulang ke rumah bersama adik perempuan yang sedang dikandungnya.

Katanya, jen4zah isterinya dikebumikan di tanah perkuburan Islam di pekarangan Masjid Kampung Pokok Asam di sini selepas selesai proses bedah siasat hari ini.Al fatihah. Credit Utusan Online.