[Terkini] Lelaki OKU minta ‘ Edit ’ badan sempurna, ” Komen Ustaz Azhar Idrus tarik perhatian ” (5Gmbr)

Semenyih : Alhamdulillah, saya lihat awak dah sempurna, tak perlu edit (sunting) lagi,Demikianlah kata-kata yang ditinggalkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi ruangan komen pada gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Fb, Faiz Noor hari ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan Faiz di kumpulan Fb, Edit Apa Hari Ni ? telah mendapat perhatian ramai temasuklah pendakwah popular tersebut.

Faiz yang juga orang kurang upaya (OKU) dilihat meminta ahli kumpulan Fb tersebut untuk menyunting gambarnya bersama keluarga agar kelihatan seperti manusia biasa (sihat tubuh badan).

Boleh tak edit (sunting) badan saya sempurna macam orang normal, teringin sangat nak tengok,tulisnya.

Namun, rata-rata orang ramai tetap memuji keadaan Faiz yang dikatakan sudah cukup sempurna dan tidak mempunyai sebarang kecacatan untuk diubah.

Mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada Faiz agar terus percaya diri serta tidak perlu berasa malu dengan keistimewaan tubuh badannya.

Awak cukup sempurna, semoga tuan diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah serta rahmat Allah S.W.T.,” kata Cik Da Shabli.

Awak sebaik-baik ciptaan Allah abang. Sebak baca hantaran ini dan komen kawan-kawan lain. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk abang dan keluarga, ujar Daia Aziz.

Sebelum ini akhbar HM Kecacatan pada tulang belakang pernah membuatkan Muhamad Faiz Mohd Noor digelar Si Bongkok dan ‘Alien’ (makhluk asing) satu ketika dahulu.

Bagaimanapun kata-kata dilemparkan itu tidak pernah menjatuhkan semangat Muhamad Faiz, 31, sebaliknya dia mengambilnya sebagai pembakar inspirasi untuk berjaya, Hasilnya bapa tiga anak itu kini mempunyai perniagaan takoyaki yang dijalankan bersama isteri Nurul Atirah Hanafi, 2.

Di sebalik kejayaannya itu, Muhamad Faiz mengakui banyak cabaran dilalui untuk sampai ke tahap sekaran,Saya belajar setakat tingkatan lima sahaja, jadi hanya ada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sebelum berniaga sepenuh masa, saya pernah bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah syarikat telekomunikasi tetapi berhenti tahun lalu untuk beri tumpuan kepada perniagaan.

Sebenarnya saya pernah jalankan perniagaan lain sebelum ini antaranya menjual air balang, kuih dihasilkan isteri dan takoyaki di bawah jenama orang lain sebelum bergerak sendiri pada Julai tahun lalu, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bapa tiga anak itu berkata, sambutan diterima setakat ini amat memberangsangkan dan dia juga mempunyai dua pekerja selain menjadi ejen dan stokis di Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang.

Katanya, dia juga sudah memiliki premis sendiri untuk dijadikan tempat pengeluaran serta menempatkan bahan pembuatan makanan dan matlamatnya adalah mengembangkan lagi perniagaan ke seluruh negara.

Alhamdulillah, perniagaan berjalan lancar walaupun jumlah pelanggan tidak menentu namun itulah lumrah berniaga di tepi jalan.

Bukan hanya soal untung rugi, cuaca juga main peranan namun keuntungan diperoleh setakat ini cukup untuk menyara isteri dan anak selain membayar gaji pekerja.

Jauh lagi perjalanan saya dalam perniagaan ini dan tidak dinafikan, memang ada yang memandang rendah cuma kita tidak akan ke mana kalau ikut cakap orang.

Jadi, positif sahaja dan terus pandang ke hadapan kerana saya berjaya sama seperti insan normal, kalau boleh lebih lagi,katanya.

Berkongsi mengenai tahap kesihatannya, Muhamad Faiz berkata, dia boleh berjalan dan menguruskan diri sendiri dengan baik,Cuma ada kalanya agak lenguh tetapi setakat ini ‘okay’ sahaja.

Saya pernah hampir menjalani pembedahan tulang belakang sebelum ini tetapi tidak diteruskan selepas mengambil kira kemungkinan lumpuh dan m4ut akibat pembedahan, Saya reda kerana mungkin ada hikmahnya, katanya.

Sementara itu, Nurul Atirah berkata, dia menerima Muhamad Faiz seadanya dan sedia bersama ketika susah mahupun senang.

Keluarga restu hubungan kami dan ikutkan banyak sudah kami lalui bersama sejak berkahwin pada awal 2017.

Antara kenangan tidak dapat dilupakan adalah ketika kami hanya ada RM50 sebagai modal menjalankan perniagaan air balang dan wang itu juga perlu dibahagikan untuk makan.

Anak sulung berusia lima bulan ketika itu dan hasil usaha, kami sampai ke tahap ini namun akan berusaha keras lagi untuk ke depan,katanya.Credit Kosmo, HM.