[Terkini] Lelaki gelarkan diri Sultan Melaka, ” Mninggal dunia dsebabkan C19″ (5Gmbr)

Ayer Keroh : Ahli perniagaan yang pernah mendakwa dirinya Sultan Melaka, Raja Noor J4n Sh4h Raja Tuah, 64, dilaporkan meninggal dunia hari ini dipercayai akibat C19.

Perkara itu turut dikongsikan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) yang juga seorang aktivitis, Abdul Rani Kulup Abdullah, menerusi laman Facebook rasmi peribadinya hari ini.

Perkongsian ucapan takziah turut tular di media sosial sejak tengah hari tadi, Menurut Abdul Rani, Allahyarham Raja Noor J4n Sh4h telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi dan beliau mengucapkan takziah kepada isteri arwah, Zaidatul Mardiah Yussuf.

Sementara, turut tular dengan kenyataan sama tanda pagar C19fighter yang memberi maksud Allahyarham men1nggal dun1a selepas bertarung nyawa akibat C19.

Raja Noor Jan Shah sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya Sultan Melaka.

Beliau turut pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka pada 2016 atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka.

Mahkamah Tinggi selepas itu bagaimanapun membebaskannya selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadapnya. Al fatihah.