[Terkini] Kpl Ehsaan baru khwin Nov lalu ,” Istri kini ha mil 4 bln ank sulung ” (5Gmbr)

Asajaya: Keluarga Koperal Udara Moh4mad Ehs4n Sehamat, 26, salah seorang yang terk0rban dalam insiden temb4kan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Sam4rahan semalam, masih terkejut dan sukar mempercayai apa yang berlaku.

Kakaknya, Hanisah Sehamat, 31, berkata, Ehsan yang juga anak keenam daripada 10 beradik itu bercita-cita mahu berkhidmat dalam pasukan itu sejak kecil lagi.

Keluarga kami masih terkejut dan sukar menerima kejadian ini, namun reda dengan ketentuan Allah S.W.T.

Kami hanya mengetahui insiden yang menimpa Ehs4n jam 9 pagi semalam selepas dimaklumkan pihak Kem TUDM Kota Samarahan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, sebaik menerima berita kejadian itu, salah seorang abang mereka bergegas ke tempat kejadian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Ehsan sudah tujuh tahun berkhidmat bermula di Kem TUDM Jugra Banting selama empat tahun sebelum berpindah di Kem TUDM Kota Samarahan.

Dia memiliki sifat peny4yang terhadap keluarga dan mendirikan rumah tangga pada hujung bulan November tahun lalu, katanya.

Katanya, isteri arw4h, Nur Atiqah Nurul Supyie, 29, kini sedang meng4ndung empat bulan anak pertama.

Dia cukup rapat dan suka melayan semua anak saudaranya setiap kali balik ke kampung di Kampung Asajaya Laut, malah dia mengakui tidak sabar menunggu kelahiran anak pertama, katanya.

Menurutnya lagi, semalam adalah hari pertamanya bertugas selepas menghabiskan cuti seminggu dan pulang ke kampung.

Tiada perubahan sepanjang dia menghabiskan cuti di kampung, dia tetap ceria seperti sebelumnya.

Malah, dia sempat membantu abang kami menjual durian di Pasar Asajaya,katanya,Katanya, m4yat masih dalam pr0ses bed4h si4sat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan akan dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam Asajaya Laut apabila selesai.

Dalam insiden kejadian temb4kan yang berlaku di Skuadron 330 Kem TUDM, Kota Samarahan jam 7.15 pagi semalam, empat anggota TUDM m4ut.

Mereka yang m4ut ialah Koperal Udara Mohammad Ehs4n Seh4mat, Koperal Udara Ho Swee Boon berasal dari Bau dan Laskar Udara Kanan Nesly Nabau berasal dari Sibu men1nggal dun1a di tempat kejadian.

Manakala Koperal Udara Sharif Mohd S1ddiq Al-Attas Wan S4bli berasal dari Siniawan, Bau, men1nggal dunia di Hospital J4ntung Kota Samarahan ketika menerima rawatan akibat keceder4an p4rah.

Salah seorang anggota TUDM dipercayai menemb4k tiga rakannya sebelum bertindak menemb4k diri sendiri, Semoga isteri arw4h tabah dengan dugaan yang amat berat ini. Al fatihah.