[Terkini] Koperal Ahmad maut,” Aruz terjunam ke sungai otw hantar isteri raya dikampung ” (5Gmbr)

Gua Musang : Hasrat seorang anggota polis trafik untuk menghantar isteri, tiga anak dan dua adik iparnya menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman tidak kesampaian apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, m4ngsa, Koperal Ahmad Ibrahim, 31, yang bertugas di Balai Polis Trafik Klang Selatan, Klang, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersep1t di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa Ahmad yang memandu SUV jenis Perodua Aruz dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, SUV dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas ke dalam sungai.

Insiden itu menyebabkan Ahmad men1nggal dunia di lokasi kejadian, M4yat m4ngsa dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibed4h siasat.

Isterinya, Nurulasma Zakaria, 31, bersama tiga anak berusia lapan bulan hingga empat tahun dan dua adik ipar m4ngsa turut mengalami kecederaan dalam kem4langan itu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Choon Foo, siasatan mendapati, m4ngsa dipercayai sedang dalam perjalanan menghantar isteri, anak dan adik iparnya pulang ke Kuala Krai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tambahnya, kes disi4sat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, semoga isteri arw4h tabah kehilangan insan tersayang menjelang syawal.Al fatihah.