[Terkini] Kolonel prgi mu tak kembali, ” Nun jauh disana tempat rehat mu ” (6Gmbr)

Washington : Jen4zah Allahyarham Kolonel Hasnol Hisham Abu Hassan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang meninggal dunia di Hospital St Joseph Medical Center Tacoma, Seattle pada Sabtu lalu selamat dikebumik4n di Tanah Perkubur4n Islam Covington, Washington hari ini.

Allahyarham yang merupakan Pengarah Latih Markas Tentera Udara bahagian Sumber Manusia di Seattle, Washington dilaporkan men1nggal dunia pada usia 50 tahun selepas tiba-tiba tidak sed4rkan diri.

Terdahulu, Washington Air National Guard melalui Brigedier Jeneral Gent Welsh telah menawarkan penghormatan dengan melakukan Istiadat Pengebumian Tradisi Ketenteraan kepada Allahyarham dan mengkoordinasi urusan pengebumian dengan dipantau oleh pegawai TUDM yang berada di sana.

Pengurusan jen4zah Allahyarham telah dilaksanakan oleh ‘House of Mercy’ dan warga muslim Malaysia yang diketuai oleh Kapten Ayub S. Laari yang turut mengimamkan solat jen4zah.

Istiadat pengebumian yang dikoordinasi Washington Air National Guard tersebut juga telah disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Difahamkan, Allahyarham berada di Seattle, Washington kerana menghadiri Program ‘Airman to Airman Talks (A2ATs)’ di Camp Murray Seattle, Washington yang bermula pada 14 hingga 19 November ini.

Pada 16 November lalu, Allahyarham dilapor tiba-tiba tidak sedarkan diri dan telah dikejarkan ke Hospital St Joseph Medical Center Tacoma bagi menerima rawatan dan menjalani pembed4han segera akibat ‘acute type of aortic dissection’.

Bagaimanapun, Allahyarham telah menghembuskan n4fas terakhir di sisi isteri, Rohani Tahir di hospital berkenaan. Al fatihah.