[Terkini] Khusnul khotimah, ” Jsd imam ditemui mengiring menghadap kiblat ” (5Gmbr)

Yan : M4yat m4ngsa kelima yang hilang dalam tr4gedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai di sini, pada Rabu lalu ditemui pasukan mencari dan menyel4mat (SAR) hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata Ku Shuib Ku Abdullah, 91, yang juga bekas im4m sebuah masjid di Yan ditemui di bawah timbunan kayu di kawasan Titi Hayun di sini, pada jam 3.23 petang tadi.

Kita berjaya mengeluarkan m4yat m4ngsa pada jam 3.28 petang dan mendapati j4sadnya masih berada dalam keadaan baik.

Keadaan m4yat didapati hanya mengalami kesan c4lar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar (empat hari lalu).

M4yat juga ditemui dalam keadaan meng1ring menghadap kibl4t kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai, katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR akan diteruskan untuk mencari m4ngsa terakhir di kawasan Titi Hayun.

Pada Sabtu, pihak berkuasa dan agensi yang menjalankan operasi SAR dilaporkan menemui petunjuk baharu membabitkan dua lagi mangsa termasuk Ku Shuib.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitenden Shahnaz Akhtar Haji, berkata pasukan SAR tidak menolak kemungkinan kedua-dua m4ngsa terbabit tertimbus di bawah timbunan tanah dan pokok-pokok.

Untuk rekod, dalam kejadian kepala air yang berlaku pada Rabu, tujuh m4ngsa dilaporkan hilang dengan seorang ditemui selamat manakala empat yang lain ditemui m4ut, sebelum ini.

M4ngsa yang ditemui m4ut sebelum ini disahkan sebagai Ahmad Din, 68, yang ditemui di Kampung Setoi manakala m4ngsa kedua, Sh4hruzi Mohamad, 53, ditemui di Kilometer 8 Gunung Jerai pada jam 11 malam pada hari kejadian.

M4ngsa ketiga, Z4inol Morad, 66, ditemui di Kampung Titi Hayun pada jam 12.30 tengah malam Khamis manakala m4ngsa keempat, Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28, ditemui pada Khamis di Kampung Keda Sungai Udang kira-kira enam kilometer dari lokasi m4ngsa dilaporkan terj4tuh.

Dengan penemuan m4yat m4ngsa kelima hari ini, pasukan SAR kini menumpukan usaha mencari m4ngsa terakhir yang dikenali sebagai Riduan di kawasan Titi Hayun. Al fatihah.