[Terkini] Kereta lggr pokok , ” x sangka ajaal Kimi otw kerja dipasar ” (4Gmbr)

Jasin: Seorang remaja lelaki m4ut apabila kereta dipandunya terbabas selepas dipercayai cuba mengelak seekor lembu melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 17, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Jalan Serkam- Merlimau, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu mengakibatkan m4ngsa Muhammad Airulhakimi Shuib, 17, yang juga pekerja pasar m4ut di lokasi kejadian akibat keceder4an p4rah.

Menurut saksi kejadian Mohd Zharif Mazlan, 37, berkata, cuaca ketika kejadian masih gelap dan dia ternampak m4ngsa cuba mengelak lembu di lorong kanan Lebuh AMJ.

Kereta m4ngsa ketika itu berada di hadapan saya dan tiba-tiba hilang kawalan apabila cuba mengelak lembu yang melintas jalan.

Saya melihat di dalam kereta itu ada m4ngsa sebelum segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan, katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, sebelum kejadian m4ngsa yang memandu Proton Iswara Aeroback dalam perjalanan dari arah Merlimau ke Serkam.

Siasatan awal dijalankan mendapati kem4langan dipercayai berlaku apabila mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terl4nggar sebatang pokok di tengah pembahagi jalan.

Akibat rempvhan itu m4ngsa yang mengalami keceder4an di bahagian dada disahkan men1nggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, katanya.

Beliau berkata, m4yat m4ngsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat selain kenderaannya kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan, katanya.Al fatihah.