[Terkini] Kartunis Aie sudah tiada, ” kini hanya tinggal karyanya Blues Untuk Aku ” (6Gmbr)

Banting : Pagi ini peminat Komik di Malaysia dikejutkan dengan permergian kartunis Aie yang popular melalui Majalah Ujang yang merupakan seorang kartunis yang sangat berbakat dan lagend.

Perkhabaran duka ini diterima bilamana Kartunis kesayangan ramai “Aie ” ini telah disahkan men1nggal dunia menghembus naf4s terakhir pada pukul 4 pagi tadi, khabar berita ini sungguh megejutkan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Kita sedekah kan pahala bacaan alfatihah kepada arw4h.

Aie atau nama sebenarnya, Shaari bin Sulong,48, dilahirkan di Kuala Lumpur pada 24 Februari 1973. Dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan 5 di Kuantan, Pahang.

Kerjaya awal Allahyarham sebagai kartunis bermula di majalah Jenakarama, diikuti majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa Melayu),Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture pada tahun 1993 selain turut terlibat dalam voice-over untuk animasi Usop Sontorian bagi watak Singh dan Arba.

Rata rata insan insan yang mengenali arwah meluahkan rasa sedih dengan permergian arwah awal pagi ini antaranya Kartunis popular Ujang rakan seangkatan arwah Aie dari zaman 90an lagi.

Innalillahiwainnailaihirrojiu, Mendapat perkhabaran duka, Kartunis Aie pelukis kerekter Abe meninggal dunia jam 4.00 pagi tadi di kediamannya di kampung sg.Manggis,Banting,selangor kerana komplikasi buah pinggang.Semoga rohnya di di cucuri rahmat dan di terima dalam golongan orang-orang yang di redhoi Allah -Ujang.

Innalillahhiwainnaillahirojiun, Dalam kehangatan Subuh tadi, Aku di kejutkan dgn berita Pemergian seorang Sahabat yg sgt Aku kasihi.. Kartunis Aie Sulong .

Allahhurobbi, Terasa lemah seluruh anggota, Segala impian aku tidak kesampaian.

Selamat tinggal, Sahabat Aku akan menyusul juga Perkampungan Akhirat, Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya dan menempatkan Arwah bersama2 dgn org2 yg beriman, Allahhurobbi – Wan Bluez.

Assalamualaikum, Mungkin kalian salah seorang peminat kartunis Aie sulung, Khabar duka sy maklumkan, Sahabat Creative saya ini telah menemui penciptanya .

Pada pukul 4 pagi tadi..اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ Innalillahi wa inna ilaihi raji’un
Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan kesabaran kepada ahli keluarganya.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman-Alud Abdul Manas.

Sama kita doakan roh arw4h tenang disana dan dipermudahkan segala urusannya, moga keluarga arwah tabah yang maha esa lebih sayangkan dirinya. Al fatihah.