[Terkini] Kandungan dah masuk 7 bulan, ” Adk resah memikirkan nasib kakak nya ” (6Gmbr)

Seremban : Walaupun sudah lima bulan ins1den itu berlaku, namun kakak masih dalam keadaan terbaring k0ma dan tidak boleh bergerak hingga kini, ujar Fauziah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 43, yang parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.

Fauziah, 40, berkata, tiada perubahan p0sitif berlaku pada anggota tubuh adiknya yang turut dipantau kakitangan hospital dan klinik kesihatan.

Menurutnya, anggota badan Jahidah seolah-olah seperti robot (mengeras) dan tiada apa-apa pergerakan dapat dilakukan.

Dia juga masih belum boleh mengeluarkan suara sekali gus tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain.

Keadaan kedua-dua matanya juga seperti orang juling, memang sedih melihat keadaannya, Namun kami sedikit lega apabila jururawat memberitahu keadaan anak sedang dikandung Jahidah dalam keadaan baik dan kini sudah memasuki tujuh bulan,katanya tadi.

Dia yang menetap di Bandar Sri Sendayan di sini, akui bimbang kerana Jahidah akan melahirkan anak dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi.

Memang rasa bimbang kerana dia masih belum sedar sedangkan tempoh bers4lin tidak lama lagi.

Minggu depan kami perlu membawa dia ke klinik kesihatan bagi membuat pemeriksaan terhadap kandungannya,katanya yang diamanahkan oleh keluarga menjaga kakak sulung daripada tujuh beradik itu.

Dalam pada itu, Fauziah berkata, sehingga kini gaji Jahidah tidak dapat diuruskan.

Wang gajinya tidak boleh diambil kerana perlu membuat kad mesin pengeluaran wang (ATM) yang baharu sedangkan dia dalam keadaan terlantar.

Dalam masa sama, saya perlu buat persiapan tentang keperluan apabila dia bersalin nanti, katanya yang kadangkala buntu memikirkan perkara berkenaan.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank Fauziah Nordin 7617797037.

Kisah Jahidah yang juga penjawat awam di Johor mendapat perhatian selepas koma akibat mengalami keceder4an serius di kepala dan tengkorak disyaki akibat dipvkul suami di rumah mereka pada 4 Mei lalu.

Suaminya sudah dituduh di M4hkamah Sesyen Johor Bahru, atas tuduh4n itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseks4an. Sayafakillah.