[Terkini] Kak Fetty Zul sudah tiada, ” 11 hari dirwat disebabkn C19 tahap 5 ” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Pelakon veteran Fetty Dzul, 63, men1nggal dun1a akib4t C19 tahap lima di H0spital Selayang jam 7.30 pagi, hari ini.

Berita pemergian Kak Fetty atau nama sebenarnya, Fatimah Abd Rahim disampaikan anaknya dikenali sebagai Ijat kepada pelakon veteran, Isma Alif.

Kak Fetty dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 7 November lalu, Berita mengejutkan diterima daripada pelakon dan produser Anne Abdullah.

Sahabat artis kami, Fetty Dzul meninggal dunia pukul 7.30 pagi akibat C19 Kategori 5, di ICU Hospital Selayang setelah dimasukkan ke sana pada 7 November 2021, Al fatihah Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Aamiin.

Perginya manusia yang baik dan disayangi semua sahabat. Walaupun biasa membawa watak jahat dan garang di dalam drama drama TV, realitinya sewaktu hayat Almarhum lembut orangnya serta bersifat penyayang.

Begitulah bila sudah aj4l. Walaupun telah mengambil suntikan vaksin sebelum ini, Almarhum ada sejarah asma(lelah). Tak terduga berdepan serangan C19 awal November baru baru ini.
Sudah demikian tertulis asbab pemergiannya,Ramai yang mengenali Almarhum pasti bersedih dengan perpisahan ini – Huzz Aini.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Aamin!

Terima kasih di atas semua ingatan yang ikhlas dan doa yang baik-baik terhadap arwah Mamy.

Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul. Dia sayang semua orang, kata anaknya menerusi mesej kepada Isma Alif.

Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak malam tadi apabila buah pingg4ng dan p4ru p4runya gagal berfungsi.

Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan Yasin malam tadi yang disertai rakan-rakan penggiat seni. Allahyarham begitu laris membintangi pelbagai drama dan wajahnya sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an.

Fetty dikenali peminat kerana sering tampil dengan watak jahat dalam drama dan filem.

Selain pelbagai drama dan telefilem, Fetty turut berlakon dalam filem Boss, Pontianak Bidan Gayah dan Hantu Bungkus Lawan P0ntianak. Al fatihah.