[Terkini] Jual arakk di kedai serbaneka, ” Jika kamu buat saya rakam dan lapor polis” (5Gmbr)

Petaling Jaya : Seorang bilal berkongsi mengenai tegurannya kepada seorang juruwang muslim yang ingin menguruskan transaksi penjualan arak di sebuah kedai serbaneka.

Melalui perkongsian Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Bangi, Bilal Jailani di laman Facebooknya semalam, kejadian berlaku ketika dia sedang beratur untuk membuat pembayaran sebelum menyedari kehadiran seorang warga asing yang menunggu giliran untuk membayar enam tin ar4k.

Selesai membayar, saya bertanya kepada juruwang itu adakah dia menguruskan transaksi arak tersebut.

Saya bagitahu dia, jika awak meneruskan transaksi itu, saya akan rakam dan membuat laporan polis. Di Selangor, jual arak adalah jenayah syariah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Tambah beliau, dia turut memaklumkan kepada warga asing itu bahawa juruwang yang bertugas tersebut tidak boleh meneruskan jualan ke atas barangan yang dibeli disebabkan dia beragama Islam.

Kemudian seorang lagi pekerja datang dan memaklumkan kepada saya bahawa mereka juga tidak mahu menjual arak itu tetapi ia merupakan tugas kerja yang perlu diikuti, katanya.

Selain itu, beliau memberitahu kepada mereka bahawa pihak majikan tidak boleh mengarahkan pekerja Islam melakukan sesuatu kerja yang bercanggah dengan undang-undang negara.

Anda juga tidak boleh buat kerja yang melanggar undang-undang negara, walaupun ia tertulis dalam kontrak pekerjaan anda, jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan perkara itu kepada pengurus kedai agar transaksi tidak dijalankan dan mereka akan melaporkan perkara ini kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

Ini adalah kali keempat saya menegur juruwang muslim berkenaan jualan arak di kaunter pembayaran. Alhamdulillah, berjaya halang satu kemungkaran,katanya – Kosmo.

Laporan awal ” Semalam, ketika beratur untuk membayar di Speedmart99 Southville Bangi, saya perasan warga asing di belakang saya bawa sekitar 6 tin arak Tiger. Selesai membayar, saya bertanya kepada cashier, “Cik, adakah awak boleh uruskan transaksi arak ni?”.

Cashier muda bertudung itu menjawab, “Tu la, kalau boleh saya tak nak terlibat”.

Saya berkata, “Cik, di Selangor, jual arak adalah jenayah Syariah yang boleh dihukum 3 tahun penjara. Cik tak boleh teruskan transaksi ni. Kalau Cik teruskan, saya akan rakam dan buat laporan polis”.

Saya juga bagitahu kepada warga asing yang nak beli arak tu, “Encik, cashier ni tak boleh teruskan jualan. Dia orang Islam. Dia tak boleh jual arak”.

Warga asing itu balas, “Air ni bukan saya punya. Ini orang lain suruh beli”. (Dia tak faham kata saya agaknya).

Kemudian seorang lagi staf Speedmart datang. Staf lelaki ini kata, “Kita faham yang arak ni tak elok. Kita pun tak nak jual benda ni. Tapi ini urusan kerja”.

Saya balas, “Majikan tak boleh arahkan pekerja lakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara. Anda juga tak boleh buat kerja yang melanggar undang-undang negara, biar apapun kontrak pekerjaan anda”.

Staf lelaki itu berkata, “Kalau Encik mahu, Encik boleh bercakap dengan manager saya”.

“Boleh. Tolong panggil dia”, ujar saya.

Apabila sang manager tiba, saya jelaskan semuanya, dan saya minta dia hold transaksi 6 tin arak Tiger ni. Dia berkata, “Kami akan hold, dan laporkan ke pihak atasan. Keputusan adalah di tangan mereka”.

Kemudian saya toleh ke belakang mencari warga asing yang nak beli arak tu. Rupanya dia dah lesap.

Alhamdulillah, berjaya halang satu kemungkaran. Sebelum beredar, saya berkata, “Encik dan Cik, saya bukan nak menyusahkan kamu. Saya sedang protect kamu sebenarnya. Saya sedang bantu kamu. Jika kamu nak, saya boleh usahakan bantahan, hingga jualan arak di kedai ini dihentikan terus, jadi anda boleh bekerja dengan senang hati”.

Saya mohon izin bergambar, beri business card saya, dan beredar.

Apabila pulang ke rumah, saya membuat refleksi terhadap apa yang berlaku.

Seingat saya, ini adalah kali keempat saya menegur cashier Muslim berkenaan jualan arak di kaunter. Pertama adalah di Shah Alam, tanggal 30 Ogos 2011. Yang kedua saya tak ingat. Yang ketiga di Speedmart Taman Putra Kajang.

Setiap kali teguran, bahasa dan keyakinan saya makin baik. Kalau dulu macam malu-malu kucing, semalam sudah macam harimau. Kali kelima nanti saya tak tahulah.

Nahi mungkar ini perlu dilatih. Setiap kali kita buat, kita improve. Oleh itu, jangan abaikan setiap mungkar yang berlaku di hadapan anda.

Itulah refleksi saya. Moga Allah tetapkan kita atas jalan Umat Terbaik, Yang Mengajak Makruf, Menghalang Mungkar dan Beriman Kepada Allah. Ameen. Credit Kosmo, Bilal Jailani, Samudera.my.