[Terkini] Jsad Sunny Dell Ashraff dtemui, ” Dia lemas ditelan pusaran air ” (5Gmbr)

Hulu Selangor : Seorang lelaki yang berkerja sebagai Baber (Tukang Gunting Rambut) disahkan lem4s sewaktu mandi-manda bersama lima rakannya di Sungai Balak Batang Kali di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, m4ngsa yang dikatakan lemas di kawasan air berpusar itu dikenali sebagai Sunny Dell Ashraff Sa’ari berusia 23 tahun beralamat di Asam Jawa, Kuala Selangor.

Menurutnya, panggilan kecem4san berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.31 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba ke lokasi 37 minit kemudiannya.

Gerakan mencari dan menyelamat m4ngsa sedang dilakukan anggota bertugas sementara Pasukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) sedang dalam perjalanan ke lokasi,katanya dalam kenyataan pada Rabu.

M4yat Sunny Dell Ashraff yang disahkan lemas di Sungai Balak, Batang Kali di Hulu Selangor ditemukan kira-kira 50 meter dari tempat m4ngsa dilaporkan hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, m4yat Sunny Dell Ashraff Sa’ari, 23, dijumpai pasukan pencari pada kedalaman 2.4 meter (8 kaki) pada 9.55 malam ini.

M4yat m4ngsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tujuan bedah siasat,katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Sunny Dell Ashraff itu dilaporkan lem4s ketika mandi-manda bersama empat rakannya di sungai berkenaan. Al fatihah.