[Terkini] Jngan kecaam dia,” Dia ada sakitt ‘bipolar disorder’ rayu kluarga ” (4Gmbr)

Kuala Lumpur : Saya mohon daripada anda semua tolong doak4n yang baik-baik walaupun dia meny4kiti hati sesiapa pun jua,itu kata individu mendakwa mempunyai hubungan keluarga dengan seorang wanita yang menyatakan dia didatangi Rasulullah SAW ketika berada di dalam sebuah Hotel di Makkah.

Menurutnya, dia memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan mendakwa wanita terbabit ketika ini berada dalam keadaan kecelaruan.

Maaf sangat-sangat, kasihanilah dia, Tolong jangan komen dan kec4m dia, katanya seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Katanya, dia meminta masyarakat menghentikan kec4man berhubung isu itu kerana ia berkemungkinan akan membebankan fikiran wanita terbabit.

Minta tolong sangat-sangat daripada netizen semua, kalau tak sanggup tengok dia, jangan masuk live dia.

Kasihanilah dia, kami sedang berusaha untuk bantu nasihat dia. Bukan sesuatu yang mudah untuk pujuk dia berhenti daripada melakukan Facebook live, katanya.

Di dalam video itu, wanita berkenaan mendakwa dia didatangi Rasulullah ketika berada di dalam sebuah hotel di Makkah.

Menurutnya, baginda juga berinteraksi secara langsung dengannya dan mendoakan kebaikan buat rakyat Malaysia.

Di dalam rakaman secara langsung itu, dia turut menyebut nama isteri nabi, Siti Khadijah dan anak baginda, Fatimah Az-Zahra.

Bagaimanapun usaha Harian Metro mendapatkan ulasan ahli keluarga wanita berkenaan menerusi Facebook setakat ini belum mendapat maklum balas.

Mengulas mengenainya, pendakwah bebas yang juga Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan menghadapi masalah berkaitan mental sehingga sanggup membuat rakaman langsung kononnya sedang berinteraksi dengan Nabi Muhammad.

Katanya, ini kerana wanita terbabit hanya mengulangi perkataan dalam bahasa Arab yang sama selain ada perkataan tidak mempunyai makna.

Dia hanya ulang perkataan sama yang kita semua sudah tahu seperti Na’am dan Ya Habibi. Ada juga sebutan Lakh yang tidak ada makna di dalam bahasa Arab.

Selain itu, dia ada sebut neraka jahanam, itu sudah tentu perkataan yang tidak disebut Rasulullah, jadi macam mana dia boleh berkomunikasi begitu.

Daripada pengamatan saya, dia mungkin berdepan masalah berkaitan mental atau sengaja ingin mencari populariti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Mohd Sukki berkata, pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa agama serta mengambil tindakan ke atas wanita terbabit.

Katanya, ia bagi memastikan tidak ada individu lain yang terpengaruh atau mempercayai kata-kata seperti itu yang boleh menyeleweng daripada akidah Islam.

Kena ambil tindakan, kita tidak tahu sama ada wujud pengikut atau tidak, tetapi jelas perbuatan seperti ini boleh mengelirukan umat Islam, katanya. Credit HM